Berkenaan isu Marissa Dania akhirnya ayahnya iaitu pelakon Norman Hakim tampil memberi kenyataannya.
Sebelum ini, Norman Hakim hanya berdiam diri saja kerana dia memilih untuk selesaikan isu ini secara tertutup.
Pelakon berumur 47 tahun ini menjelaskan bahawa isu yang melanda anak perempuannya itu diambil sebagai iktibar.
Ini komennya seperti yang dilaporkan Mstar.
“Terima kasih kepada mereka yang prihatin setelah satu ujian berlaku untuk keluarga saya baru-baru ini. Insya Allah gerak hati dari Nya untuk kami menyelesaikan hal ini secara tertutup.”
“Kami mengambil iktibar di atas khilaf yang terjadi. Mohon doakan yang baik-baik.”
“Saya gembira membaca komen semua. Jika ada komen yang mungkin berbaur emosi dan tak suka tu, saya anggap itu semua sebagai teguran baik daripada kalian semua kepada saya dan family untuk baiki kelemahan dan kekhilafan.”
“Ampun maaf jika ada kekhilafan, salah dan silap dari saya seisi keluarga.”
“Yang salah tu tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalan yang diredhai Nya.”
“Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dari Nya.”
Dalam pada itu, Norman hakim juga sempat update kedaan keluarga yang baru saja pulih dari terkena jangkitan virus.
Kata Norman, pada mulanya dirinya yang kena kemudian isterinya iaitu Memey Suhaiza pula dijangkiti.
Ianya merebak kepada tiga orang anak pasangan ini iaitu Awish, Kikim dan juga Kayla.
Apapun keadaan kesihatan ahli keluarganya dah pun baik.
“Kayla paling lama demam hampir lima hari tak baik, dan dia pun kena tahan hospital untuk masuk drip antibiotik sebab dia masih kecil, tak pandai makan ubat. Apapun syukur kini dah boleh dengar gelak tawanya.”
Itulah sedikit update dari Norman Hakim tentang isu melibatkan anak perempuannya bernama Marissa Dania.