Minta sedekah kena giggit sampai macam tu sekali, pengalaman Awal Ashaari buat umrah

6,395 views

Pasangan suami isteri iaitu pengacara Awal Ashaari dan pelakon Scha Alyahya kini sedang berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah. 

Sepanjang berada di tanah suci, Awal Ashaari ada muatnaik foto dan video moment ketika beribadah di sana. 

Akan tetapi ada satu moment yang paling menjadi perhatian ramai, iaitu ketika pengalaman Awal Ashaari didatangi peminta sedekah. 

Awal Ashaari telah muatnaik video rakannya telah didatangi seorang kanak-kanak peminta sedekah. 

Dari video berdurasi 12 saat itu, kanak-kanak berkenaan telah menggigit baju rakannya itu untuk meminta sedekah. 

Kata Awal Ashaari, walaupun dah beri sedekah, gigitan kanak-kanak itu amat kuat dan tak mahu lepas. 

Ini videonya. 

Jelas Awal Ashaari, mereka semua terpaksa bersabar untuk melayan karenah peminta sedekah berkenaan. 

Ini caption yang ditulis oleh Awal Ashaari tentang kejadian berkenaan. 

“Macam macam hal dan ragam manusia kat tanah suci ini. Ini contoh, antaranya jika meminta sedekah, ada yang jenis gigit baju kita tak mahu lepas macam ni.”  

“Pelbagai cara dah kita buat, namun begitu gigitan di ni memang padu sekali. Banyak dah beri riyal pada dia, tetapi tetap tak lepas selagi dia tak puas hati” 

“Apapun kita kena tetap banyak bersabar dan janganlah cepat naik angin. Husnuzon je lah. Ni kalaulah dia tak lepas juga, nampaknya kena bawa balik Malaysia lah.”  

Pelbagai respon yang diberikan tentang video ini, antaranya ialah rakan artis seperti Tiara Jacquelina dan juga Fara Fauzana. 

Tiara menulis: “Macam-macamlah benda pelik jika kat tanah suci ni kan Awal” 

Fafau menulis: “Ni dah level lain ni Awal.” 

Ini pula komen-komen dari netizen lain. 

“Tutup hidung dia lama-lama, nanti lepas la tu.” 

“Kena bawa guntinglah lepas ni.” 

“Memang macam ni kat sana, jangan beri kat peminta macam ni, nasib baik belum ada geng dia lagi ni, lebih baik beri sedekah macam makanan pada orang kat sana, macam tukang cuci ke, kalau tak habis pahala hilang sabar.” 

“Bawalah je la balik Malaysia.” 

Itulah antara cerita dari Awal Ashaari tentang pengalamannya sepanjang mengerjakan umrah.