Setepek Nabil kena dengan Mas Idayu, berubah terus muka

79,369 views

Hari ini, radio Era FM telah menjemput Mas Idayu sebagai tetamu undangan di segmen pagi, bersama Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan juga Radin. 

Melalui satu segmen, ada soalan dari Nabil Ahmad kepada Mas Idayu yang agak panas juga. 

Nabil bertanya kepada Mas Idayu jika mahu menyertai pertandingan nyanyian yang amat popular ketika ini iaitu Gegar Vaganza. 

“Mommy, Gegar Vaganza musim kesupuluh tahun ni, ramai yang minta mommy masuk, macam mana.” 

Penyanyi berumur 51 tahun ini kemudian menjawab dengan penuh ketegasan. Baginya itu soalan yang amat tak bijak. 

Ini kerana, jelas Mas Idayu, dia sudah menjadi juri banyak kali, dan jika dia pula masuk bertanding, itu dah menjatuhkan dirinya saja.  

“tu soalan b0doh lah. Bagi mommy memang itu tak pandai.”  

Mas Idayu menjawab lagi, dia tak mungkin masuk bertanding pertandingan sebegitu lagi. Dan kalau 12 tahun yang lalu, mungkin masih releven buat dirinya.  

“Saya dah 33 tahun ada dalam industri ni. Tapi sebenarnya kalau 12 tahun dulu, mungkin bolehlah, sebab masa tu masih belum establish, sebagai juri.” 

“Masa tu bukannya mommy tak ada nama, dah ada nama tetapi mummy rasa masih boleh masuk mana-mana pertandingan dan bukan saja Gegar Vaganza, mana-mana program pun mungkin saya masuk.” 

“Tetapi pada tahap saya ini, artis yang sudah jadi juri tetap dan saya seringkali sentiasa saja dipanggil jadi juri, bukan juri jemputan, jadi rasanya jangan jatuhkan level lah.” 

Ini video Mas Idayu jawab soalan dari Nabil itu. Memang terdiam Nabil kena sound direct dengan Mas Idayu.

Mas Idayu memang terkenal dengan pandangan yang lantang ketika menjadi juri, dan telah pun beberapa kali mencetuskan isu ketika bergelar sebagai juri.