Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900 ribu

14,498 views

Pelakon popular Nabila Huda dituntut untuk meminta maaf serta membayar ganti rugi gara-gara membuat kenyataan yang tidak benar tentang aktivitis bernama Fatimah Zaharah.

Dari laporan portal Murai, jumlah ganti rugi yang diminta ialah sebanyak RM900 ribu. Surat tuntutan telah dihantar oleh peguam yang mewakili Fatimah kepada Nabila Huda pada hari Khamis, 20 Januari.

Fatimah mengatakan bahawa semua yang ditulis oleh Nabila Huda adalah sesuatu hal yang tidak dilakukan olehnya pada tarikh 25 Disember 2021 ketika banjir melanda.

Kes ini bermula apabila Nabila Huda mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Fatimah sebagai seorang yang pecah amanah dengan mengambil barang bantuan yang sepatutnya dihulurkan kepada mangsa banjir.

Pelakon dan pengacara berkenaan turut memuat naik gambar wajah Fatimah di laman media sosial miliknya.

Hal ini menyebabkan Fatimah berasa amat malu dan hadapi tekanan emosi setelah orang ramai memandang serong dirinya. Bukan saja dirinya terkesan, malah ahli keluarga Fatimah turut merasainya.

Ini komen dari pihak peguam, Nurul Hafidzah yang mewakili Fatimah.

“Anak guam saya iaitu, Fatimah Zaharah tak pernah buat apa yang didakwa oleh Nabila Huda. Kerana itu Fatimah menerima banyak komen yang tidak baik dan tidak benar dari orang ramai, akibat dari penulisan oleh pelakon berkenaan.”

Jika tak ada permohonan maaf dari Nabila Huda serta tiada bayaran ganti rugi RM900 ribu atau yang setimpal, dalam masa 7 hari selepas surat tuntutan disampaikan, Fatimah akan meneruskan saman dan menuntut di mahkamah.

Aktivis berkenaan diwakili oleh peguam bernama Nurul Hafidzah Hassan, Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Sehingga kini, belum ada sebarang statement dari pihak Nabila Huda tentang tuntuan dari pihak Fatimah Zaharah itu. Kita tunggu kenyataan dari Nabila Huda kelak.