“Sebelum ini kata-kata saya berbisa, kini saya dah sedar” Adibah Noor

5,714 views

Salah seorang finalis GV8, Adibah Noor menamatkan perjalanan di Gegar Vaganza dengan menduduki tempat ke empat. Di final, Adibah mengatasi dua finalis lain iaitu Aweera (tempat keenam) dan Azan Scan (tempat kelima).

Penyertaan Adibah Noor di rancangan Gegar Vaganza ini sebenarnya memberi banyak pengajaran kepada Adibah Noor. Antaranya ialah dia kini tidak lagi mudah untuk menjatuhkan hukum ke atas orang lain.

Semua pun tahu bahawa Adibah Noor memang sering melontarkan pendapatnya di laman media sosial.

Sebelum ini pun Adibah Noor pernah menulis pandangannya yang agak pedas tentang rancangan Gegar Vaganza. Tetapi kini, Adibah Noor sudah sedar.

“Sebelum ini kata-kata saya memang agak bisa jika menulis pendapat di laman media sosial.”

“Akan tetapi, program Gegar Vaganza telah membuatkan saya sedar dan tak lagi ada sikap judgmental dan menilai orang dengan mudah. Apa yang berlaku lebih baik berdiam dan telan sajalah.”

“Semua orang ada tuntutan dalam bidang kerja masing-masing, biarlah mereka buat kerja mereka.”

“Selain itu Gegar Vaganza turut membuka mata saya kepada netizen di luar sana. Saya dah faham mereka semua hanya menulis komen setelah menonton apa yang dipersembahkan.”

Menduduki tempat keempat, Adibah Noor menerima wang tunai berjumlah RM20 ribu dan juga trofi.

Secara terbuka, Adibah Noor memberitahu, dia akan gunakan wang tersebut untuk membayar hutang dan juga menebus kembali barangan kemas yang telah digadai.

“Semua tahu saya lalui kesukaran semasa adanya perintah kawalan pergerakkan beberapa tahun ini. Saya memang mengaku.”

“Dan dengan duit kemenangan ini, saya akan guna untuk bayar hutang serta tebus barangan kemas saya.”

“Jika ada lebih tu, barulah saya akan simpan dan juga meungkin pergi bercuti untuk berehat.”

Apapun, tahniah kepada Adibah Noor di atas persembahannya sepanjang rancangan Gegar Vaganza.