Rita Rudaini akan scan bakal menantu, tak suka yang joget-joget

187 views

Rita Rudaini mempunyai dua orang anak teruna yang kini sudah remaja dan meningkat dewasa. 

Anak sulungnya iaitu Rayyan dah pun berumur 15 tahun, manakala anak kedua iaitu Arjuna berumur 13 tahun. 

Menerusi satu temubual, Rita ada ditanya tentang calon bakal menantunya. 

Rita telah memberi hint bahawa jika ada calon kelak, dirinya sendiri akan scan bakal pasangan anak-anaknya itu. 

Pelakon berumur 48 tahun ini berkata, dia akan beri restu sekiranya calon anaknya itu memenuhi ciri-ciri yang telah diletakannya. 

Antaranya, Rita menyatakan dia lebih suka dengan calon menantu yang tak terlalu mendedahkan kehidupan kepada umum melalui laman media sosial. 

Dan sudah tentu, paling tak disukai olehnya jika wanita berkenaan menari-nari di media sosial.  

Menerusi perkongsian di TikTok, Rita berkata, dia tidak suka dengan calon menantu yang terlalu berkongsi dan menunjukkan wajah di media sosial. 

“Bagi mommy tengok tau kalau ada siapa-siapa (calon), nanti mommy akan scan.” 

“Yang penting mommy memang tak berkenan dengan perempuan yang ada Instagram, tiba je padahal saya pun ada Instagram, tapi ini kerana mommy tak suka sangat perempuan yang macam dia terlampau sangat berkongsi.”  

“Boleh je jika dia ada media sosial tetapi tak boleh macam budak-budak sekarang, joget-joget.” 

“Sekarang ni memang ada orang mempunyai media sosial tetapi dia tak tunjuk muka, yang ada hanya pemandangan, dia tunjuk apa yang dipakai tapi tak tunjuk muka. Yang itu mommy memang akan restu.” 

Jelas Rita, sebagai lelaki, anaknya bakal memikul tanggungjawab yang berat jika mempunyai pasangan nanti. 

Rita juga dah berpesan awal-awal lagi agar tidak melakukan sesuatu yang tak elok kepada kaum hawa.  

“Saya cakap pada mereka, nanti kalau awak buat tak tentu hala dekat perempuan, siap, itu yang saya cakap pada anak.” 

“Anak saya ni lelaki, mereka yang kena pikul tanggungjawab berat. Saya tak nak dia jadi seorang lelaki yang tak bertanggungjawab. Bukannya senang nak jaga.” 

“Ada lelaki yang pandai arah saja jangan pakai itu ini, jangan keluar tanpa saya. Sebelum tidur minta kebenaran, bagi tahu nak tidur la. Itu saya geram je. Yang perempuan pun ikut lah kerana cinta.” 

Itulah sedikit sebanyak perkongsian dari Rita Rudainie tentang bakal pasangan anak-anaknya kelak.