“Tindakan undang-undang akan diambil walaupun anak saya” Datuk Ismail Sabri

2,671 views

Kecoh tentang rancangan hjiburan All Together Now yang menghimpunkan 50 juri di atas pentas. Antara yang jadi perhatian ialah penglibatan Dafi anak kepada menteri yang menjaga MKN iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Apabila ditanya tentang hal ini, Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan tiada double standard akan dibuat walaupun kes itu melibatkan anaknya sendiri.

Jelas Ismail Sabri, seseorang itu tak boleh terlepas dari tindakan undang-undang sekiranya benar telah melanggar sop.

Majlis Keselamatan Negara, MKN kini sedang menjalankan siasatan tentang isu ini dan tiada siapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

Tindakan akan diambil sekiranya ada pihak yang langgar sop, tidak kiralah siapa mereka, termasuklah jika itu melibatkan anak saya sendiri.

Itulah jawapan dari Ismail Sabri apabila ramai yang mula menghentam Dafi yang turut serta rancangan berkenaan yang menjadi viral sejak ditayangkan Ahad lepas.

Dafi turut mengatakan bahawa apa yang ayahnya nyatakan itu betul sama sekali, dan dia tidak akan diberi layanan istimnewa walaupun bapanya seorang menteri.

Berkenaan apa yang ayah saya katakan itu memang betul, bukan pasal tentang isu ini saja, sebabnya saya ini rakyat Malaysia juga, oleh itu kalau orang lain kena tindakan saman, saya pun boleh kena. Tak ada sebarang layanan istimewa walaupun anak menteri.

Yang telah berjasa kepada negara itu dia ayah saya, dan saya ni siapa pula? Oleh itu tak ada sebab kepada saya perlu dapat layanan istimewa pun. Saya nyatakan ini secara umum.

Bercakap tentang sop dalam rancnagan berkenaan, Dafi sebenarnya setuju dengan komen dari Astro bahawa mereka dah patuhi sop.

Namun, Dafi tak mahu ulas lebih lanjut sebab ianya kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Kes ini akan disiasat oleh itu biarlah mereka jalankan tugas mereka, selebihnya tentang rancangan ini lebih baik tunggu saja kenyataan dari Astro sendiri.

Majlis Keselamatan Negara telah mengarahkan siasatan dibuat ke atas penerbitan rancangan All Together Now ekoran orang ramai persoalkan sop rancangan berkenaan termasuk tidak mamakai mask dan berkumpul beramai-ramai di satu tempat.