“Rasa sebak” Amar Asyraf menangis teresak esak

9,374 views

Pelakon Amar Asyraf tak dapat menahan dari mengeluarkan air matanya, itulah yang berlaku kepadanya baru-baru ini. 

Umum dah tahu, Amar Asyraf, yang kini berumur 36 tahun, antara selebriti yang kini menceburi bidang perniagaan.  

Amar Asyraf ada usaha berniaga pelbagai barangan namun yang paling succes ialah perniagaan minyak wangi yang diusahakan bersama keluarga isterinya. 

Perniagaan yang diberi nama House Of Al Amar ini semakin berkembang maju dari tahun ke tahun. 

Jika di musim PKP dulu, Amar Asyraf hanya menjual minyak wangi dari rumah secara online dengan membuat sesi live, kini Amar dah mampu memiliki kedainya sendiri. 

Semalam, Amar Asyraf telah memasang satu papan tanda untuk kedainya, dan ternyata pelakon ini tak dapat menahan rasa sebak. 

Ketika memasang papan tanda atau billboard nama kedainya itu, Amar dilihat telah menangis teresa esak. 

Ini merupakan satu tangisan kegembiraan, kerana hasil usaha keras yang dilakukannya, kini telah mendatangkan hasil. 

Sudah tentu, Amar Asyraf mengucapkan terima kasih di atas sokongan padu dari orang ramai terhadap perniagaannya itu.  

Ini caption dari Amar Asyraf. 

“Syukur, alhamdulillah. Terima kasih kepada Illahi, dan juga kepada semua yang sentiasa memberi support kami daripada business ini, bermula di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. Terima kasih buat semua yang menyokong.” 

Ini pula luahan dari ucapan Amar Asyraf. 

“Rasa sebak, dah lama tunggu. Ada orang dia berniaga dah ada kedai yang besar. Tapi ada orang dia kena bersusah susah dulu, baru boleh dapat macam ni.” 

“Happy sangat, terima kasih kepada my wife, dan keluarga, memang terbaik.” 

Video tangisan kegembiraan dari Amar Asyraf ini telah ditonton sebanyak 1.9 juta views dalam masa satu hari. Ini videonya.

@amarasyrafzailuddin

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. TERIMA KASIH semua yang support kami daripada business di rumah sampai la ada kedai, sampai la ada signboard sebesar alam ni. TERIMA KASIH SEMUA !!

♬ original sound – AmarV.Asyraf

House Of Al Amar memasarkan minyak wangi dan juga haruman kasturi kijang original dan mendapat permintaan yang amat baik. 

Semoga Amar Asyraf dan keluarga terus berjaya dalam perniagaannya ini.