Pandangan Didie Alias dan Vanidah Imran berbeza tentang kes Zul Ariffin

15,237 views

Video Zul Ariffin masih lagi jadi topic hangat untuk dibicarakan masyarakat dan orang ramai, Dan ini termasuk juga rakan artis serta penggiat seni yang lain.

Masing-masing ada pendapat yang tersendiri tentang isu ini. Kali ini kita dapatkan dua lagi artis yang boleh dikatakan sudah lama dalam bidang seni ini. Kedua mereka dan lebih 20 thaun ceburi bidang seni. Kedua mereka ialah Didie Alias dan juga Vanidah Imran.

Pengacara dan pelakon komedi, Didie Alias menyatakan apa yang Zul Ariffin buat itu adalah salah dirinya sendiri.

“Dia ni umpama dah menjatuhkan diri sendiri dan benda ini berkaitan dengan agama. Sebagai seorang public figure, kita merupakan contoh dan kadangkala boleh jadi idola seseorang, buat perkara yang tak elok nanti akan jadi ikutan orang lain pula.”

“Kena fikir dengan bijak dan jangan buat benda merepek untuk content. Marbahaya, ini dia dah tanam diri sendiri.”

Tentang content untuk viral, bagi Didie benda ni kena buat ikut etika.

“Sekarang dah jadi normal, nak benda jadi viral nak ada gimik untuk drama laku. Namun video itu, adegan macam tu, memang tidak boleh diterima kat negara kita ni.”

“Zaman dulu ada adegan, tapi penerimaan dulu dan sekarang lain, fikiran dah lain.”

Berlainan pula dengan pandangan pelaknon Vanidah Imran. Bagi Vanidah yang mesra disapa Vee, dia melihat ini semua bukannya salah Zul Ariffin semata-mata.

Bagi Vanidah Imran, jika dilihat, ramai saja yang terlibat dalam pembikinan klip video tersebut, bukan letakkan segalanya di bahu Zul.

“Untuk sesuatu projek drama atau filem, semua hanya akan berjalan dengan ada nya kelulusan dari pihak-pihak yang memberi kelulusan.”

“Makanya pelakon tak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Seorang pelakon itu juga mungkin tak ada nak simpan video klip raw untuk disunting sendiri apatah lagi dimuatnaik kat laman media.”

“Kalau pihak berkuasa nak ambil tindakan, kena jumpa terus dengan pihak produksi atau stesen televisyen yang meluluskannya.”

Itulah pendapat dari Vanidah Imran tentang isu yang melanda Zul Ariffin.