Semua tahu tentang kisah pelawak, pelakon, dan pengacara Shuk Sahar yang dah beberapa kali bermain kayu tiga dengan isterinya iaitu Rossa Sera.
Kisah Shuk dan isterinya itu seringkali jadi tumpuan netizen. Malah Shuk juga telah dihentikan sebagai penyampai radio untuk sebuah stesyen radio terkenal kerana perbuatannya bermain kayu tiga itu.
Namun baru-baru ini, telah timbul pula satu lagi isu yang mana dikatakan pelawak ini dipanggil pula untuk satu siaran rancangan bua bicara televisyen.
Melalui laporan portal Murai, Shuk menjadi tetamu undangan untuk program bual bicara yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dan ianya adalah untuk tayangan Astro.
Ada satu entry dari laman media sosial Instagram rancangan berkenaan yang mengatakan Shuk hadir sebagai tetamu untuk bercerita tentang kisah rumah tangganya yang pernah bergolak sebelum ini.
Kehadiran Shuk Sahar sebagai tetamu untuk rancangan berkenaan ternyata mendapat reaksi kurang baik dari netizen.
Diruaangan komen, dapat dilihat para netizen kurang setuju Shuk menjadi tetamu selain mengatakan rancangan berkenaan hanya mahu menarik views dan kejar rating semata-mata.
Ada juga menyatakan bahawa isterinya iaitu Rossa Sera lebih layak untuk di kerusi sebagai tetamu jemputan rancangan berkenaan, berbanding menjemput Shuk yang sebenarnya bermain kayu tiga.
Ini antara komen serta luahan rasa hati dari para netizen tentang Shuk sebagai tetamu jemputan.
Untuk info, Shuk Sahar dan Rossa Sera telah berkahwin pada tahun 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak perempuan.
Khabarnya, pasangan ini sudah tak tinggal sebumbung, malah Rossa Sera juga telah berubah dan kini kelihatan lebih langsing.
Pelbagai spekulasi bertebaran tentang status perkahwinan mereka setelah dikatakan Rossa Sera telahpun failkan untuk berpisah dengan Shuk Sahar. Namun begitu sehingga kini, belum lagi ada perkembangan terkini tenang rumah tangga mereka berdua.