“Ngilu tengok, tak sakit ke kena cucuk tu..” Nazim Othman buat wajah raya

1,743 views

Tinggal lagi beberapa hari lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelma. Kini semua muslimin muslimah akan bertungkus lumus untuk membuat persediaan sempena hari raya kelak.

Antara kebiasaannya ialah mengemas rumah dan juga memasak juadah termasuklah kuih raya.

Yang lebih berada sikit, maka ada yang akan terus shopping sempena raya ni, ada yang beli perabit baru, langsir atau pun karpet.

Kepada yang masyuk sangat, ada lah beli kereta raya mahu pun barang kemas sempena hari raya ini.

Namun lain pula ceritanya dengan seorang pelakon terkenal tanah air seorang ni iaitu Nazim Othman.

Sempena hari raya ni, nampaknya Nazim lebih mementingkan penampilan dirinya atau lebih spesifik lagi, penampilan wajahnya.

Nazim Othman telah membuat rawatan mukanya sempena hari raya nanti.

Dari caption yang ditulis, Nazim berkata wajahnya alami sun burn baru-baru ini. Oleh itu dia buat rawatan untuk menjadikan kulitnya lebih cantik umpana bayi katanya.

“Macam katak puru, kini buat rawatan untuk jadi kembali seperti kulit bayi.”

“Baju raya tidak, muka raya yes. Sebenarnya muka saya ni habis kena sun burnt baru-baru ni. Jadi saya pun buat baby skin treatment ni. Sempat lagi guys kepada sesiapa yang nak buat.”

Nazim Othman telah mendapatkan rawatan kulit bayi sebuah klinik kecantikkan iaitu Vogue Clinic.

Dari video yang dimuatnaik, ada beberapa proses ketika buat rawatan berkenaan. Antaranya dapat dilihat wajah Nazim telah disuntik atau dicucuk dengan jarum di bahagian wajahnya itu.

Melihat proses berkenaan, ramai netizen yang menonton video berkenaan rasa ngilu dibuatnya.

Alamak aih, aduh, tak sakit ke cucuk-cucuk tu.” Itu antara soalan yang diterima oleh Nazim Othman.

Fuh tak sakit ke kena suntik jarum tu, kalau kita habis dah menangis.” Satu lagi soalan berkaitan jarum.

Namun bak kata orang, kalau nak cantik tu kenalah tahan sikit rasa sakitnya, tak gitu, yang penting wajah raya Nazim Othman dah siap, kacak habis.