“Niat dah baik tapi pakaian sendat, kesian anak-anak tu nak hafal..” Janna ditegur

5,635 views

Di hari raya tahun ini, pelakon dan penyanyi terkenal Janna Nick meluahkan hasratnya untuk membina pusat tahfiz dan juga rumah anak yatim. Pemilihan lokasi ialah di tempat kelahirannya di Kedah.

Kisah rancangan Janna Nick untuk membina pusat tahfiz dan rumah anak yatim itu mendapat perhatian orang ramai, yang mana rata-rata memujinya.

Ada juga yang mendoakan agar semua rancangan serta plan dari Janna Nick dan teamnya akan berjalan lancar.

Di laman Ig miliknya, Janna Nick ada muatnaik video yang mana dia turut mengajak orang ramai untuk sama-sama menderma demi merealisasikan impiannya membina pusat tahfiz berkenaan.

Dari video itu, Janna mengatakan impian ini agak mustahil untuk dicapai tetapi dia percaya dengan batuan orang ramai yang turut serta, ianya akan dapat dicapai.

“Impian yang mustahil, taopi aku yakin orang ramai akan turut bantu untuk capai impian aku ini. Ianya demi anak-anak tempat aku lahir dan bermain, agar dapat ruang yang lebih besar dan juga selesa.”

Di video itu, Janna Nick memakai baju kurung hitam dan dilihat bersama beberapa kanak-kanak.

Walaupun mendapat komen yang positif dari netizen, namun masih ada yang memberi sedikit teguran kepada pelakon ini.

Antaranya ialah cara pemakaian Janna Nick dalam video itu. Kata beberapa netizen, walaupun niatnya dah baik, namun cara pemakaiannya masih lagi kurang sempurna.

Ada yang menegur pemakaiannya agak sendat dan berharap Janna akan dapat longgarkan sedikit.

Ini antara komen netizen.

Tak apalah, yang penting niat yang suci dari Janna Nick untuk mendapat ganjaran akhirat, dengan keizinan dari Illahi, Janna Nick mungkin akan terbuka hatinya kelak, untuk mengenakan pakaian yang menutup aurta dengan sempurna, kita doakan yang baik-baik saja.