Penyanyi terkenal Yasin Sulaiman kini berada di Penjara Sungai Buloh di atas kes memiliki barang yang terlarang.
Abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman adalah individu yang paling banyak membantu serta menyokong adiknya itu.
Zain Sulaiman juga memberi perkembangan terkini tentang keadaan Yasin di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh.
Sepanjang berada di dalam tirai besi, banyak perkembangan positif yang dialami oleh penyanyi yang juga bekas pemenang Juara Lagu ini.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, Yasin telah menjadi imam solat fardhu dan juga menjadi imam untuk solat terawih.
Selain itu, Yasin juga bertanggungjawab mengajar para banduan di dalam sana, untuk membaca kitab suci Quran.
Selain itu, di hari raya aidilfitri, Yasin Sulaiman juga telah mengetuai alunan takbir raya di penjara Sungai Buloh.
Ketika lawatan oleh Menteri Agama iaitu Datuk Idris Ahmad ke penjara, Yasin menjadi orang yang membaca serta mengalunkan bacaan takbir raya.
Video berkenaan di muatnaik di laman IG milik Yasin. Ini captionnya.
“Takbir raya dari Yasin Sulaiman di Program Jejak Kasih Ramadhan bersama Menteri Agama, Datuk Hj Idris Ahmad di Penjara Sungai Buloh.”
Sepanjang program berkenaan, Yasin dilihat duduk di saf depan bersebelahan dengan Menteri Agama dan bertakbir raya yang penuh syahdu dan merdu.
Yasin dilihat memakai baju melayu berwarna merah, dengan lengkap bersongkok dan bersampin. Ini alunan takbir raya dari Yasin.
Program lawatan serta ziarah dari menteri Agama Datuk Idris Ahmad ini diadakan pada 26 Ramadhan lepas.
Di program berkenaan, selain bacaan serta launan takbir dari Yasin Sulaiman, Datuk Idris Ahmad juga menjadi imam solat dan kemudian memberi sedikit tazkirah kepad apara banduan yang hadir.
Apapun, perkembangan Yasin Sulaiman di seblaik tirai besi ini amat baik sekali dan sama-sama kita doakan agar semua urusan Yasin akan dipermudahkan.