Nikah, tunggulah Ubai buka braces dulu – Shila Amzah

4,358 views

Selepas mengakui sudah mempunyai hubungan dengan jejaka bernama Ubai, Shila Amzah kini menjadi buruan pihak media. 

Ramai yang nak tahu lebih lanjut tentang kisah pasangan ini, dan tak kurang juga yang mahu tahu bilakah agaknya mereka akan ke fasa seterusnya, termasuklah sama ada akan bernikah. 

Menerusi laporan Kosmo, Shila Amzah menjawab persoalan tentang hubungannya dengan Ubai. 

Kata Shila Amzah, buat masa sekarang ini, masih lagi belum ke arah sehingga bernikah dengan Ubai lagi, dan masih sedang kenali hati budi masing-masing. 

Shila Amzah juga mahu fokus kepada anaknya iaitu Seth Uwais yang baru berumur tiga tahun. 

“Selagi kami masih lagi belum akad nikah, maka belum lah sah lagi.” 

“Saya ni pun masih muda. Berhenti tanya bila saya akan berkahwin lagi. Saya sekarang ni nak kerja dulu, cari pendapatan. Saya perlu ada simpanan sendiri sebelum saya kahwin.” 

“Sekurang-kurangnya mungkin akan tunggu sampailah anak saya, Seth pandai bercakap.” 

Kemudian secara santai dan berseloroh, Shila Amzah ada mengatakan nak tunggu juga sampai kekasih hatinya iaitu Ubai buka dulu braces yang dipakainya itu. 

“Lagipun Ubai kini pakai braces, dalam tiga tahun baru boleh buka, tunggu bukalah. Jadi janganlah nak berbahas tentang pernikahan.” 

“Kini, saya pun nak bahagiakan diri saya sendiri dulu sebelum nak membahagiakan hati orang lain kan.” 

Itulah sedikit komen dari Shila Amzah, 32 tahun, tentang hubungannya dengan Ubai, 25 tahun. 

Untuk info, Ubai merupakan influencer yang kini sedang meningkat naik sebagai pengacara menerusi rancangan terbitan Astro Gempak. 

Hubungan mereka dihidu ramai, setelah Shila Amzah terlepas cakap memanggilnya dengan gelaran Yang iaitu singkatan kepada Sayang ketika satu sesi live bersama Ubai.