Nikki dikejarkan ke hospital, pengurus dah maklumkan kepada pihak Gegar Vaganza

5,401 views

Salah seorang peserta Gegar Vaganza iaitu Nikki Palikat telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan semalam. Manager kepada Nikki iaitu Jeff Wai telah mengesahkan hal berkenaan.

Buat masa sekarnag Nikki sedang dalam pantauan dan menerima rawatan dari pegawai perubatan.

Pihak doktor menasihati Nikki untuk masuk ke wad untuk melihat keadaan diri penyanyi berkenaan.

Ini statement yang dibuat oleh manager Nikki seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro dan juga Media Hiburan.

“Ya betul di masuk hospital sebab dia terlalu penat. Jadual kerja yang padat dan komitmen yang diberikan kepada GV8. Baru-baru ini pun, dia ada terkena hujan. Mungkin disebabkan itu juga badannya jadi lemah sampai membuatkan kesihatannya terjejas.”

“Ikutkan sejak dua minggu lepas, saya nampak kesihatan Nikki dah mula terganggu. Maybe ini kerana dia tak dapat tidur dengan secukupnya. Dia juga memang terlalu fokus kerja dan sebagainya. Doakan semoga Nikki cepat baik.”

Tentang keadaan terkini Nikki, Jeff Wai memberitahu, Nikki dalam keadaan baik, dan harap dapat keluar pada hari ini atau esok.

“Pada malam ini Nikki patut ada buat persembahan di majlis Nona Superhero Awards di One World Hotel, namun atas nasihat doktor, dia berehat di wad. Sampai bila duduk di wad doktor tak cakap lagi. Harapnya esok sudah boleh keluar.”

Tentang persiapan separuh akhir Gegar Vaganza, pihak produksi tahu tentang keadaan terkini Nikki dan dalam masa yang sama, Nikki akan buat persembahan yang termampu saja.

“Saya dah beritahu perkara ini kepada produksi dan berbincang. Kalau keadaan Nikki masih tak okay pada hari Jumaat, latihannya akan dijadualkan semula pada hari Sabtu.”

“Sekarang Nikki berehat tetapi dia juga ada cuba hafal lirik. Sebenarnya kami ada buat plan nak buat persembahan yang mengagumkan, namun melihat keadaan Nikki kami akan cuba minimakannya.”

“Asal dia dapat buat persembahkan dua lagu tersebut dengan baik pada hari Ahad ini, itu pun sudah memadai. Nikki tetap akan beri yang terbaik.”

Sama-sama kita doakan agar Nikki cepat sembuh dan akan terus sukses di Gegar Vaganza.