Norman Hakim, Abby Abadi tak restu pernikahan Marissa Dania

23,653 views

Kisah perkahwinan Marissa Dania, anak perempuan kepada pasangan pelakon terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi kini sedang menjadi buah mulut orang ramai. 

Marissa yang baru berumur 19 tahun, dikatakan bernikah dengan jejaka bernama Ahmad Aslam, 25 tahun, di Songkhla, Thailand. 

Melalui satu sumber, seperti yang dilaporkan Mstar, mereka berdua berkahwin pada 17 Disember 2023. 

Kata sumber berkenaan, memang benar bahawa Aslam bernikah dengan Marissa ketika isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah. 

Jelasnya lagi, Marissa telah mengajak Aslam untuk bernikah untuk halalkan hubungan mereka. 

Ini kenyataan dari laporan Mstar.  

“Mereka berdua bernikah pada tarikh 17 Disember semasa Misya berada di Makkah.”  

“Sehari selepas Misya pulang ke tanah air, Aslam terus bertemu dengannya.” 

 “Aslam memberitahu Misya bahawa dia dan Marissa mahu berkahwin.” 

“Marissa yang ajak mereka berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada bulan Oktober tahun lepas.” 

NORMAN, ABBY TAK RESTU 

Pernikahan di antara Marissa dan Aslam ini juga sudah pun diketahui oleh keluarga masing-masing.   

Norman dan Abby ada bertemu dengan keluarga Aslam untuk berbincang.  

Kata sumber berkenaan, Norman dan Abby memang tak bersetuju dengan pernikahan berkenaan dan meminta Marissa dan Aslam untuk berpisah. 

“Ada perjumpaan keluarga selepas mereka dapat tahu Marissa dan Aslam bernikah di Thailand. Family Marissa ternyata tak setuju dengan pernikahan itu dan minta mereka untuk berpisah.” 

“Namun Aslam dan Marissa tak dapat terima cadangan berkenaan dan enggan berpisah.” 

Hubungan di antara Misya dan Aslam juga tak seperti dulu, sejak kehadiran Marissa. 

“Misya dan Marissa kini hidup bermadu. Hubungan antara Aslam dengan isteri pertama juga tak sama seperti sebelum kehadiran orang ketiga, Marissa. 

NORMAN HAKIM UNFOLLOW MARISSA 

Dalam pada itu, Marissa dilihat telah unfollow kedua ibu bapanya di laman media sosial Instagram. 

Norman Hakim juga dilihat bertindak untuk tidak lagi ikuti anaknya itu. 

Sementara itu, sehingga kini, Abby Abadi masih lagi follow anak perempuannya itu. 

Sampai sekarang, masih belum lagi ada sebarang kenyataan secara rasmi kepada media dari Norman Hakim, Abby Abadi mahu pun Marissa Dania.