Oktovia Manrose dah nikah, selamat bergelar isteri

16,099 views

Pelakon Oktovia Manrose kini telah pun menamatkan zaman solonya apabila selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya bernama Khairul Efsan iaitu bekas pemain bola sepak.

Pasangan sama cantik sama padan ini bernikah malam tadi tarikh 21 Disember 2021.

Oktovia Manrose, 30 tahun, sebelum ini merupakan seorang ibu tunggal dan telah berpisah dengan bekas suami sejak 8 tahun yang lalu.

Sepanjang perkahwinan dengan suami terdahulu, Oktovia mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Rayyan.

Majlis pernikahan diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall, dan mereka diijabkabulkan lebih kurang jam 9 lebih malam, oleh bapa Oktovia sendiri, Iwan Syahman.

Dapat dilihat ramai yang hadir ke majlis ini, antaranya ialah adik beradiknya serta ahli keluarga termasuk pelakon terkenal Aprena Manrose, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan Raysha Senrose yang menjadi dulang girl. Semuanya memakai baju dengan tema warna purple.

Oktovia Manrose dan suami, Khairul Efsan memakai pakaian cantik berwarna putih. Turut mengiringi masuk ialah anak kepada Oktovia Manrose yang memakai jubah berwarna purple dan memakai serban.

Menerusi beberapa video instastory dari Uqasha Senrose, ada menunjukkan pengantin yang baru diijabkabulkan ini.

Ini kata-kata dari Uqasha. “So preety pengantin baru, dah kali kedua. Alhamdulullah dah bertmu jua jodoh buat mu sepupu ku.

Selain itu, ayah kepada pengantin iaitu Iwan turut ada membuat persembahan nyanyian di majlis yang meriah ini.

Sebelum ini, sekitar sambutan hari raya tahun ini, Oktovia Manrose mengambil keputusan untuk memakai tudung sepenuhnya. Langkah ini turut dijejaki oleh adiknya Aprena Manrose.

Oktovia Manrose merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik, hasil perkahwinan dua selebriti iaitu bekas penyanyi danggut, Iwan dan pelakon arwah Rosnah Mohd Noor.

Tahniah diucapkan buat Oktovia Manrose dan suaminya Khairul Efsan.