Kecoh juga di laman media sosial ketika ini yang mana akan ada satu rancangan ala-ala The Bachelor melalui saluran Sooka iaitu Pencuri Hati.
Rancangan dengan konsep mencari jodoh ini menampilkan Zul Ariffin sebagai jejaka idaman yang cuba dicuri hati oleh 13 peserta wanita.
Kata Zul Ariffin, dia tertarik dengan program ini kerana ianya memberi cabaran buat dirinya.
“Konsep program ini menarik sebab akan memberi ruang kepada para peserta untuk kenali saya dengan lebih mendalam sebagai diri saya sendiri dan bukannya sebagai pelakon atau selebriti.”
“Rancangan ini juga ada menampilkan segmen berbeza seperti sukan lasak, memasak dan gaya feshion serta hobi.”
“Ini antara faktor yang akan membantu untuk kenali personality dan intelek seseorang dengan lebih terperinci.”
Namun setelah program ini mula diketahui umum, nampaknya orang ramai kurang setuju dengan rancangan tema ala-ala The Bachelor ini.
Dari beberapa komen di laman media sosial, rata-rata mempersoalkan tujuan rancangan ini. Malahan ada yang mengatakan ini semuanya bertentangan dengan ajaran agama serta budaya dalam negara kita ini.
Memang banyak komen yang begitu kasar kerana benar-benar tak setuju dengan rancangan ini, sehingga ada yang melabelnya sebagai program sampah, merepek dan tak mendatangkan sebarang faedah kepada penonton.
Ada juga yang mempersoalkan para peserta yang semuanya dilihat memakai pakaian yang terdedah.
Ini antara komen dari netizen di luar sana.
Seperti rancangan realiti yang lain, para peserta akan dinilai dan untuk pemenang setiap segmen akan diberi peluang meluangkan masa dengan Zul Ariffin.
Namun kepada peserta yang mendapat markah yang rendah, akhirnya akan disingkirkan.
Rancangan Pencuri Hati edisi Zul Ariffin ini akan di hoskan oleh Sherry Al Hadad dan juga Dr Say Shazril.