Selepas miliki Wisma, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bina masjid, kos RM2juta

1,643 views

Kejayaan untuk mempunyai wisma perniagaan sendiri sudah tercapai, kini pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dalam rancangan untuk membina sebuah masjid.

Melalu isatu laporan Harian Metro, satu yayasan telah berjaya ditubuhkan dan diluluskan yang diberi nama Yayasan Ibnu Sunari.

Kata Wawa, yayasan berkenaan ditubuhkan untuk meneruskan impian mereka agar dapat membina masjid di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor.

Hasrat berkenaan telah dirancang namun ditunda sejak tahun 2020 lagi.

“Masjid yang kami rancang itu belum didirikan sebab kami tak ada yayasan. Nak buat masjid di sana tak boleh sewenang-wenangnya boleh buat macam tu. Kena ada satu akaun asing atau yayasan, kalau atas nama syarikat ianya akan jadi susah. Oleh yang demikian, kami buat Yayasan Ibnu Sunari sempena nama bapa Aeril Zafrel.”

“Yayasan ini telah menerima kelulusan minggu lepas, selepas ini nak buka akaun dan baru boleh memulakan pembinaan masjid di sana.”

“Memang dah dua tahun rancangan tertunda. Ada saja halangan dan rintangan, bukan senang nak buat hal yang baik macam ni. Harap sangat semua urusan akan dipermudahkan.”

“Namun, kami rasa lega setelah satu satu perkara selesai. Wisma sudah ada, yayasan pun sudah, selepas ini masjid pula. Kemudian baru fikir nak siapkan impian lain macam nak buat banglo pula lepas ni.”

Tentang masjid tersebut, Wawa bercerita lagi, masjid boleh dipenuhi dengan kapasiti 400 jemaah. Kosnya juga telah bertambah setelah adanya perintah kawalan pergerakkan.

“Rekaan masjid dah siap bayar. Dulu kami ada diberitahu kos dalam RM1.4 juta, namun selepas tunda, kami diberitahu semua harga naik dan kos jadi lebih dari RM2 juta.”

“Kami dah asingkan RM1.4 juta tu, tapi mungkin selepas ini kami akan buka pada orang ramai jika ada yang mahu turut sama-sama sumbang.”

Bagi Aeril Zafrel pula, dia memang dah lama pasang niat nak buat masjid.

“Saya bukannya ada nazar pun, tapi niat memang saya dah pasang. Saya paling risau kalau benda ini tak sempat siap, kemudian saya pergi dulu buat selamanya. At least, jika saya dah tiada, masjid dah siap untuk bekalan bawa ke sana. Berkenaan nama masjid belum fikir. Kalau tak boleh ubah, nama yang sama saja pun boleh saja.”

“Yayasan itu pula bukan untuk buat masjid saja, selain tu ianya untuk agihkan bantuan. Buat business dan boleh bantu orang juga.”

Syukur, memang hebat pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini. Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat.