Pekin, Mona Allen dapat anak ‘Merdeka’, Mona selamat lahirkan baby jam 2 pagi tadi

2,622 views

Alam perkahwinan akan bertambah serinya sekiranya menerima rezeki kehadiran penyeri yang dinanti psangan suami isteri iaitu cahaya mata. 

Itulah yang diterima oleh pasangan selebriti iaitu Mona Allen, 37 tahun, dan juga suaminya Pekin Ibrahim, 40 tahun. 

Setelah lima tahun melayari bahtera, kini Mona Allen dan Pekin baru saja menimang cahaya mata sulung mereka. 

Menerusi satu pengumuman di laman Instagram, Mona Allen telah pun selamat melahirkan anak sulung, seorang baby boy di sebuah pusat perubatan swasta iaitu Andorra Hospital. 

Dari kenyataan berkenaan, Mona Allen selamat melahirkan anak pertamanya itu sekitar jam 2.39 pagi, Rabu, yang juga merupakan baby merdeka kerana tarikhnya 31 Ogos. 

Pada 30 Ogos, dapat dilihat Mona Allen ditemani suaminya untuk melakukan check up terakhirnya. 

Kemudian Mona Allen telah dimasukkan ke wad kerana dilihat sudah masuk ke fasa labor untuk melahirkan anak. 

Khabarnya, semua proses berjalan dengan baik, dan Mona Allen serta anaknya dalam keadaan stabil dan sihat. 

“Syukur sangat, alhamdulillah. Terima kasih diucapkan di atas semua doa dari anda. Mummy dan dan baby dua-dua pun selamat.”  

“Baby merdeka ni lahir 31 Ogos, pada jam 2.39 pagi.” Itulah kenyataan ringkas dari Mona Allen. 

Mona Allen dan Pekin Ibrahim terus saja menerima begitu banyak ucapan tahniah dari rakan-rakan artis melalui pesanan Whatsapp. 

Pasangan ini telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada bulan Disember tahun 2018. 

Mereka berdua sebelum ini ada menyatakan telah berusaha mendapatkan cahaya mata melalui rawatan. 

Antaranya, Mona Allen ada lalui rawatan secara tradisional dan juga agama termasuk dengan minum air muda yang dibakar serta dibacakan doa. 

Mona Allen kemudian ada menyatakan dia mahu berehat panjang, rupanya telah mengesahkan dirinya sedang hamil anak sulung, tahniah buat Mona Allen dan juga Pekin Ibrahim.