Sentap! Cik B menyindir Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal?

2,231 views

Ketika ini ahli perniagaan terkenal Dato Seri Vida dilihat dah berbaik semula dengan Ahmad Iqbal, jejaka yang berjaya menambat hatinya tak lama dulu. 

Hubungan antara kedua mereka ini kembali mendapat perhatian setelah dilihat bersama sama dalam beberapa video, bekerjasama dalam satu drama. 

Bermula dengan kerjasama satu lakonan, Ahmad Iqbal dan Dato Seri Vida dilihat bersama dalam acara KL Fashion Week. 

Mereka juga dilihat bersama ketika Iqbal melahirkan hasrat dengan menjemput Dato Seri Vida datang ke rumah baru Iqbal baru-baru ini. 

Ini sekaligus memberi gambaran hubungan mereka dah kembali rapat dan macam dah jadi macam dulu semula. 

Setelah Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal berbaik, anak kepada Vida iaitu Cik B dilihat bagaikan memberi pendapatnya. 

Menerusi satu posting di laman media sosial, Cik B ada memberi kenyataan yang dilihat seakan menyindir ibu dan juga Ahmad Iqbal. 

Walaupun tidak menulis secara direct, kata-kata yang dimuatnaik oleh Cik B itu dilihat memang kena dengan situasi ibunya yang dah kembali berbaik dengan Ahmad Iqbal. 

Ini yang ditulis oleh Cik B. 

“Hanya kerana kamu merindui bekas kekasih kamu, tak semestinya kamu mesti mahukan dia semula. Merindui tu merupakan sebahagian dari nak move on.” 

Luahan dari Cik B ternyata mendapat perhatian dari warga maya yang faham dengan pendapat dari Cik B itu. 

Kisah antara Ahmad Iqbal dan juga Dato Seri Vida pernah mendapat liputan meluas pihak media kerana mereka hampir berkahwin. 

Namun hubungan mereka retak setelah hadirnya beberapa isu yang melanda antaar Vida dan juga Ahmad Iqbal, termasuklah sikap Cik B yang tak berapa merestui hubungan antara mereka berdua. 

Sehingga kini, Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal tidak ada menyatakan apa status hubungan antara mereka, dan mungkin sedang kembali berkawan terlebih dulu.