“Saya tak akan sertai Sepahtu lagi.. Ada sebabnya” ~ Shuib merajuk?

1,475 views

Rancangan Sepahtu Reunion amat sinonim dengan nama Shuib. Namun kini Shuib dilihat tidak lagi terlibat dengan rancangan berkenaan dan hanya diteruskan oleh Jep, Rahim dan Pak Ya serta beberapa pelawak lain yang bersilih ganti. 

Shuib yang kini berumur 38 tahun seringkali diminta peminat untuk kembali dalam rancangan Sepahtu Reunion, memang ramai yang mahu Shuib kembali. 

Namun hari ini, menerusi satu kenyataan dengan pihak Mstar, Shuib membuat pengumuman tidak akan sama sekali masuk ke set Sepahtu Reunion lagi. 

“Memang banyak yang mahu saya masuk semula Sepahtu. Memang saya rindu, dah enam season saya dalam tu.” 

“Cumanya saya tak nak komen lebih-lebih, dari dulu pun, memang saya ni banyak menyimpan saja. Top management Astro yang kena jelaskan dan terangkan hal yang berlaku.” 

“Pihak management kena jelaskan kenapa saya tak ada dalam Sepahtu Reunion, itu saja jawapan saya.” 

“Ada sebab saya tak mahu terlibat lagi. Saya bukannya yang jenis kecoh, dan mahu nampak hal ini complicated, tetapi pihak top management tahu jawapan dan sebabnya. Dorang yang kena jawab bukannya saya. Mereka yang bertanggungjawab kenapa saya tidak ada lagi dalam Sepahtu Reunion.” 

Shuib akui, pihak pengurusan memang ada hubungi tentang penyertaannya dalam Sepahtu Reunion, namun Shuib telah menolak. 

Selain itu, Shuib juga berkata buat masa sekarang dia pun tak akan sertai kumpulan Sepahtu untuk mana-mana program pun. 

“Saya dah masak dengan kumpulan Sepah dan juga kumpulan Sepahtu, dah lalui macam-macam.”

Bagi Shuib dia lebih selesa untuk bergerak sendiri dan membuat dirinya lebih selesa dan happy. 

“Contohnya, saya join Suria FM ni, saya memang happy, saya gembira gerak sendiri.” 

Shuib Sepahtu kini bersiaran di segmen pagi Suria FM dan fokus dengan perniagaannya Bubble Bee.