Pelakon jelita Amelia Henderson kini telah menceburi bidang pengacaraan dan telah mempunyai podcast iaitu Studio Sembang.
Amelia Henderson dan adiknya Alex Henderson bertindak sebagai executive producer untuk siaran podcast ini, yang mana ianya telah menampilkan banyak artis terkenal.
Baru-baru ini, antara pelakon yang menjadi tetamu untuk Studio Sembang ialah Diana Danielle.
Pelbagai topik telah dibicarakan dalam temubual ini dan antara yang disembangkan ialah pengalaman Diana dalam perhubunganan lamanya, sebelum bertemu dengan suaminya, Farid Kamil.
Dari perbualan itu, Diana Danielle, 31 tahun, berkata dia pernah ada benjolan kerana telah dipukul oleh kekasihnya ketika itu.
“Masa tu, saya baru saja habis periksa SPM, saya ada benjolan besar di mana saya sebenanrya pernah dipukul oleh seseorang, masa tu sebelum saya bercinta dengan suami saya la.”
Apapun, kata Diana lagi, dia terus saja mengambil jalan keluar dari perhubungan berkenaan setelah kejadian itu terjadi.
Diana Danielle juga telah menasihati semua yang pernah menjadi mangsa agar turut ambil keputusan untuk putuskan saja hubungan.
“Saya akhirnya dapat keluar dari situasi berkenaan, sebaik saja orang itu sentuh saya, sekali saja, saya terus saja keluar dari perhubungan tersebut, dan saya amat gembira. Tolonglah lakukan sedemikian, buat sesiapa yang pernah kena sentuh tu, sila pergi dan keluar.”
Diana Daniella tidak menyebut siapakah individu berkenaan, namun ternyata ramai yang membuat spekulasi siapakan bekas kekasih Diana Daniella sebelum berkahwin dengan Farid Kamil.
Apapun, apa yang dikatakan oleh Diana Daniella itu ternyata benar, jika terkena, diminta terus sajalah hentikan hubungan sedemikian.
Diana Daniella berkahwin dengan Farid Kamil pada tahun 2012 dan mempunyai dua orang anak.