Pemakaian terlalu pendek dan singkat, ini kenyataan jujur Scha Alyahya

2,802 views

Pelakon dan pengacara Scha Alyahya menempah spotlight apabila suaminya Awal Ashaari ada muatniak gambar kenangan ketika bercuti baru-baru ini.

Apa yang menjadi spotlight ialah pemakaian Scha Alyahya yang dilihat memakai seluar dan juga kain terlalu singkat.

Ada yang mengatakan tidak wajar pelakon berumur 39 tahun itu berpakaian sedemikian, malahan ada juga mengatakan kainnya itu lebih singkat dari anaknya.

Menjawab pertanyaan tentang pemakaian sedemikian, Scha Alyahya tidaklah melatah sebaliknya memberikan jawapan yang amat tenang dan begitu professional.

Kata Scha di mulanya tak pasti mengapa pemakaiannya jadi isu, rupanya baru dia tahu bahwa suaminya iaitu Awal Ashaari yang upload foto berkenaan.

Scha Alyahya tidak mahu hal ini berpanjangan dan terus saja memohon maaf kepada orang ramai yang tak senang melihat penampilannya memakai seluar atau kain skirt yang terlalu singkat di atas lutut dan menampakkan peha itu.

“Sejujurnya saya tak tahu hal ini sebab bukan saya yang post. Saya tanya Awal kenapa terjadi, rupanya Awal kata dia ada post gambar tu.”

“Kalau kita dah buat kesilapan, kita just minta maaf. Saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada mereka yang terasa.”

“Jika dah buat kesilapan mengaku saja, dan jangan repeat dah selepas ini, saya pun terima apa yang ditegur itu.”

“Saya ni memang tak mudah untuk dicuit, jika benda tu saya buat tu saya rasa tak betul, maka saya akan mengaku saja.”

Scha Alyahya terus positif dan berkata pengalaman dalam industry seni ini dah buatkan dirinya sentiasa terbuka dengan setiap teguran.

“Saya terima dan akan betulkan, dan akan move on. Kalau dah buat salah, buat cara buat salah, itu saja.”

Itulah jawapan dari Scha Alyahya yang dah pun ngaku perbuatannya itu tidak betul.