Tan Sri Dr Noor Hisham tak gemar kelakuan Noh Hujan

517 views

Tindakan dan sikap penyanyi terkenal tanah air yang juga vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh mendapat respon yang kurang baik dari orang ramai.

Melakukan hal berkenaan iaitu memegang r0kok di atas pentas Kuala Lumpur Fashin Week 2022, yang ditonton orang ramai, memberi impak yang tak berapa bagus kepada Noh Hujan.

Telatah Noh Hujan ini juga mendapat perhatin Ketua Pengarah Kesihatan, iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham.

Melalui satu hantaran, Tan Sri Dr Noor Hisham tidak gemar dengan sikap yang ditonjolkan dan memandang serius perlakuan golongan artis seperti Noh Hujan itu.

Sudah tentu apabila artis berkelakuan sedemikian, ianya boleh jadi ikutan kepada anak muda yang menjadi mereka sebagai ikutan atau role model.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu KKM amat memandang serius tentang kes yang berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti mer0kok di khalayak orang ramai.”

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tak bagus kepada masyarakat terutama untuk mereka yang bawah umr dan golongan kanak-kanak serta remaja.”

Sebagai pengamal perubatan, Dr Noor Hisham menyeru orang ramai untuk tidak menjadikan apa yang dilakukan Noh Hujan itu sebagai satu ikutan.

“Pihak KKM menyeru semua masyarakat termasuk para selebriti untuk sama-sama bantu KKM untuk pastikan perbuatan ini bukan lagi satu budaya antara kalangan masyarakat.”

Itulah yang ditulis oleh Dr Noor Hisham.

Sebenarnya, ramai yang tak berasa setuju dengan apa yang ditonjolkan oleh Noh Hujan dan mengatakan hati Noh Hujan terlalu kental kerana melakukan hal berkenaan di atas pentas sedemikian.

Rata-rata orang ramai juga amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, bahawa ini satu budaya yang tak perlu jadi ikutan atau ditayang kepada umum.