Sarah Hildebrand sudah berkahwin?

1,029 views

Sarah Hildebrand telah muatnaik perkembangan terkininya semalam. 

Melalui posting terbarunya, Sarah muatnaik foto bersama seorang jejaka ‘orang putih’ yang kacak orangnya. 

Sarah berbaju merah dan bertudung hitam, manakala jejaka berkenaan memakai baju kemeja dan kod berwarna gelap. 

Turut dimuatnaik ialah foto cincin di jari Sarah Hildebrand. 

Sarah dilihat hanya meletakkan emoji smiling face with hearts. 

Ini sekaligus memberi bayangan bahawa Sarah sedang berada dalam fasa bahagia bersama insan istimewa. 

Kemungkinan Sarah Hildebrad sudah berkahwin dan bernikah dengan jejaka berkenaan. 

Melihat ruangan komen, rata-rata memberi ucapan tahniah kepada Sarah. 

Ini termasuklah beberapa rakan artis tanah air, seperti Serina Redzuawan, Darling Ngasri, Hafreez Adam, Betty Benafe dan Zarina Zainuddin. 

Serina menulis, “Syukur alhamdulillah dear, dah nikah. Semoga bahagia dan dapat zuriat yang cute.” 

Darling Ngasri pula menulis, “Congrats Sarah.”  

Sarah Hildebrand ada reply komen berkenaan dan memberi ucapan terima kasih semula kepada Darling. 

Melihat komen dari orang ramai, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Sarah Hildebrand dan juga jejaka berkenaan yang dikatakan suaminya. 

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan rasmi sama ada Sarah Hildebrand sudah berkahwin dengan jejka tersebut. 

Apapun jika benar, tahniah diucapkan kepada Sarah dan suaminya. 

Sarah Hildebrand, 34 tahun sebelum ini telah mengumumkan bersara dari dunia senia tanah air dan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2022.