Syatilla Melvin tawar jadi ibu susuan baby Ayash Affan

2,137 views

Ketiadaan isteri tercinta yang pergi buat selamanya membuatkan Shuib sudah mula fikirkan cara untuk jaga semua anak-anaknya tanpa ibu disisi. Ini sudah tentu termasuk baby bongsu mereka iaitu Ayash Affan.

Shuib akui dia termenung memikir caranya untuk menjaga baby Ayash Affan contohnya seperti nak bagi susu apa bila dia dah balik rumah nanti.

Arwah Siti Sarah juga sebelum ini pernah meminta Shuib untuk menjaga baby bongsu mereka.

“Pagi tadi selepas saja bangun tidur, saya terus termenung sebentar. Saya fikir kalau baby dah balik rumah nanti, dia nak minum susu macam mana ye.

Teringat kata-kata arwah Siti Sarah, dia minta saya yang jaga baby baru nanti kerana dia dah tak nak bersengkang mata.

Ini kerana tiga orang anak kami sebelum ni, memang dia yang banyak jaga. Ketika itu saya pernah fikir kalau tak larat nak jaga, Sarah masih ada. Namun rupa-rupanya memang betullah saya kena jaga baby ni seorang diri.

Shuib juga sempat becerita bahawa Syatilla Melvin ada menawarkan untuk menjadi ibu susuan kepada baby Ayash Affan.

Memang tentang susu ini buat saya termenung juga. Doktor cakap baby minum susu tepung sekarang ni tapi kalau ada susu ibu, bolehlah bawa susu tu ke hospital. Itu merupakansoalan cepumas, susu siapa pula nak diberikan.

“Sebenarnya ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla, Syatilla Melvin pun ada tawarkan. Bila fikir, kena juga tahu orang itu minum apa, sebab nanti dia akan jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat bab ni, memang saya nak kena tanya ustaz terlebih dulu.

Tentang keadaan baby Ayash Affan, Shuib mengatakan anak bongsu itu dalam keadaan yang baik dan beratnya sudah mencecah 1.8 kilogram, satu berat yang amat baik untuk bayi pramatang.

Oleh kerana telah menunda untuk jumpa baby Ayash Affan, Shuib berkata pihak doktor akan cuba mengambil gambar dan video bila masa yang sesuai, untuk diberi kepada Shuib agar dapat lepaskan kerinduan.