“Ye betul, jejaka itu Zul Ariffin” ~ Ruhainies

16,905 views

Pelakon popular Ruhainies sebelum ini ada muatnaik satu video dari belakang menunjukkan paparan seorang jejaka misteri. Dari majlis itu, nampak macam ada majlis malam berinai.

Dengan caption one step closer, ramai berkata ini mungkin majlis perkahwinan Ruhainies.

Malam tadi akhirnya Ruhainies mendedahkan segala-galanya. Semua video yang memperlihatkan jejaka berkenaan merupakan satu gimik saja.

Ruhainies juga akui jejaka berkenaan ialah rakannya iaitu pelakon Zul Ariffin.

Pelakon yang juga adik kepada Risteena ini telah mengesahkan Zul Ariffin tampil sebagai cameo dalam video yang sebenarnya digunakan sebagai marketing oleh Ruhianies.

Ianya video untuk memperkenalkan orang ramai tentang produk kesihatan miliknya saja. Ruhainies dan Zul Ariffin bukannya nak berkahwin betul-betul.

“Yes benar, jejaka misteri di video itu memang Zul Ariffin. Sebenarnya ketika saya upload video itu, ramai yang dah dapat meneka itu memang dia.”

“Dakwaan yang kata kami dah berkahwin atau pun dah bertunang tu adalah tak tepat. Saya dan Zul hanya kawan baik saja, dia ni memang rapat dengan saya.”

“Setelah video ini viral, saya baru tahu rupanya ramai yang nak tengok saya naik pelamin, nak tengok saya nikah betul-betul. Alangkah seronok jika hari ini merupakan hari bahagia itu.”

“Tentang jodoh, saya serahkan semuanya kepada takdir. Jika sampai dah jodoh tu, cepatlah saya kahwin.”

Dalam pada itu, Ruhainies meminta semua pihak jangan rasa kononnya dia dah perdaya semua dan hanya buat gimik.

“Janganlah rasa macam dah terkena dengan saya. Kerana sebelum saya tak pernah cakap apa-apa bahawa saya nak tunang atau kahwin. Video itu ambil tema Bollywood.”

“Saya pilih Zul sebagai camoe dalam video sebab bagi saya dia hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero.”

Itulah komen kononnya Ruhainies nak kahwini jejaka dan Zul Ariffin, terjawab sudah. Untuk info, Ruhainies berganding dengan rakannya bernama Sha Hasan untuk ceburi bidang perniagaan.