Shuk sudah berbaik dengan isterinya

127 views

Pelawak Shuk Sahar sudah berbaik dengan isterinya iaitu Fara Salleh. 

Hal ini disahkan apabila Shuk memuatnaik gambar terkini bersama isterinya itu di laman Instagram semalam. 

Shuk dan Fara kini dilihat sedang mengerjakan umrah bersama sama. 

Pelawak berumur 38 tahun itu, memuatnaik sekeping foto kenangan bersama isterinya dengan caption melafazkan kesyukuran. 

Ini caption yang ditulis oleh Shuk. 

“Syukur alhamdulillah, di izinkan oleh Illahi.” 

Shuk muatnaik gambar sedang berdiri di sebelah Fara sambil memegang bahu isterinya itu. 

Mereka berdua berada di masjib Nabawi yang terletak di kota Madinah. 

Fara juga dilihat memuatnaik foto yang sama di laman IG miliknya. 

Dalam pada itu, kedua dua mereka turut memuatnaik video di ruang Ig story masing-masing. 

Video menunjukkan keadaan di sekitar masjid Nabawi. 

Melihat ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa syukur melihat Shuk sudah berbaik dengan isterinya. 

Turut kelihatan ialah komen dari penyanyi Aiman Tino yang meminta Shuk untuk fokus dalam mengerjakan umrah dan mendoakan agar mereka berdua mendapat umrah mabrur. 

Didoakan semoga mendapat umrah yang mambrur, fokus ibadah, jangan baca komen orang-orang yang terlebih pandai ni.” 

Shuk kemudian membalas komen berkenaan, “Terima kasih Aiman, amin.” 

REAKSI NETIZEN 

Warga maya dilihat menulis pelbagai komen setelah melihat foto Shuk berbaik dengan isterinya itu. 

Selain komen mensyukuri mereka sudah berdamai, ada juga yang memberi pesan agar mereka berdua tidak terlalu meluah perasaan atau mendedhkan isu rumah tangga di laman media sosial. 

“Isteri kena belajar bersabar dengan emosi. Jaga air muka suami.. Rumah tangga ni baik buruk semua kena simpan sendiri. Saya nasihat saja.”  

“Memang bagus Syuk, selamatkan rumah tangga selagi boleh.” 

“Apa-apa isu laki bini, jangan cepat sangat nak post kat media sosial, cuba cari penyelesaian.” 

“Sebab tu kalau berkelahi tu simpan berdua je, tak perlu up di media.” 

Apapun doakan yang terbaik buat Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh, semoga bahagia selalu dan selamat menunaikan umrah.