Pernah tiga kali peserta GV9, Fuad Rahman dipenjara, apa puncanya? Baca kisahnya

1,582 views

Ada kisah lama yang pernah dilalui salah seorang peserta Gegar Vaganza tahun ini, iaitu peserta dari Singapore, Fuad Rahman. 

Pengalaman melalui dunia yang dilabel detik hitam dan gelap, Fuad Rahman akui pernah berada di sebalik tirai besi beberapa kali sebelum ini. 

Namun, kini Fuad Rahman dah pun insaf dan semuanya kerana melihat ibu tersayang datang melawatnya. 

Penyanyi yang kini berumur 43 tahun, mengakui, dia mula berubah setelah melihat sendiri ibunya, yang sudah pun berumur 81 tahun, datang ke penjara untuk melawatnya. 

“Masa tu, ibu saya datang lawat dengan dia guna tongkat sebab keadaannya yang tak berapa kuat nak jalan. Melihat wajah ibu di detik itu, terus buat saya tersentak dan sedar. Masa tu saya bernekad, inilah masanya, berhenti, full stop.” 

“Saya berada penjara, dah tentu takut apa-apa terjadi kepada ibu kat luar. Ada rakan yang tak sempat jenguk ibu bapa yang meninggal dunia disebabkan masih dalam penjara.” 

Bercerita lanjut, Fuad sebelum ini pernah beberapa kali ke penjara kerana kesalahan menggunakan bahan terlarang setelah terjebak sejak umur 18 tahun. 

Sejak berubah, Fuad Rahman mula menjaga solat dan mendekatkan diri dengan pencipta dengan menyertai kelas agama. 

“Orang yang dah ke dalam penjara tak semuanya berfikiran tak baik dan tak semua tak nak berubah. Ada yang rajin belajar agama kerana kami ada kelas ilmu semasa jalani hukuman.” 

“Saya mula bergaul dengan mereka dalam kelas agama dan telah cenderung untuk berubah. Syukur sangat, selepas kali ketiga dipenjarakan, saya dah pun bertemu dengan rakan-rakan yang mahu berubah.” 

“Lepas tu, saya selalu menjaga solat. Apapun masalah menimpa, saya selalu ingat Illahi dan ini membuatkan saya dah lupa kisah hitam.” 

Itulah sedikit sebanyak kisah lama Fuad Rahman sebelum ini.