“Sebagai suami sudah tentu saya cemburu..”

6,827 views

Penyanyi terkenal Haqiem Rusli, 23 tahun, telah pun selamat bernikah dengan gadis berumur 19 tahun, Anis Sofea.

Namun ramai yang tahu sebenarnya, isteri Haqiem Rusly ini mempunyai suara yang lunak dan ianya diakui oleh Haqiem Rusli sendiri.

Ini membuatkan syarikat pengurusannya, FMC Music, mahu mencuba menjadikan isteri Haqiem itu sebagai seorang penyanyi.

Namun begitu cadangan ini telah ditolak dan tak disetujui oleh Haqiem Rusli.

Jelas Haqiem, dia lebih selesa sekiranya isterinya itu fokus kepada perniagaan yang mereka bina bersama iaitu kedai makan SanThai Village.

“Isteri saya, Sofea memang boleh menyanyi. Suaranya sedap bagai seorang penyanyi Indonesia dan dia mempunyai tone suara yang baik.”

“Namun biarlah saya seorang saja yang menyanyi, saya mahukan isteri saya lebih fokus kat business kami. JIka nak cakap soal tentang cemburu, sebagai suaminya sudah tentulah saya ada rasa cemburu, kaan tetapi itu semua hanya lumrah dan taklah keterlaluan.”

“Sebenarnya saya rasa gembira apabila Sofea mula mendapat perhatian. Saya tak menafikan Sofea seorang yang pemalu dan dia ada rasa gementar bila berdepan dengan wartawan, tetapi saya selalu saja beri nasihat padanya.”

Bercerita tentang rumah tangga yang baru dibina, Haqiem kini dalam fasa yang sangat bahagia. Kehadiran isteri di sisi juga membuatkan Haqiem bertambah matang.

“Saya sedang bahagia maklumlah ini merupakan fasa yang baru dalam hidup saya. Kini, saya dah ada seseorang yang boleh membimbing selama 24 jam. Maksudnya, Sofea bolehlah menegur kalau saya ada buat sesuatu yang tak betul, contohnya.”

“Memang sebelum ini ibu bapa saya yang menegur, tapi ada isteri agak berbeza. Apapun, memang new journey ini best. Kami pun masih lagi terus menambah keserasian dan doakan yang terbaik buat kami.”

Itulah kata-kata Haqiem Rusli tentang isterinya Anis Sofea seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.