Rupanya Dato Fizz Fairuz yang bantu Sherie Merlis

18,338 views

Kisah yang melanda pelakon Sherie Merlis terperangkap di rumah dengan adiknya yang disahkan positif covid telahpun menjadi viral sejak akhir-akhir ini.

Untuk yang tak tahu, adiknya positif manakala di rumah itu ada 11 orang tinggal bersama termasuk ibu bapanya yang mempunyai sejarah penyakit.

Setelah Sherie Merlis meluahkan perasaannya di laman IG, akhirnya pelakon ini menerima bantuan dan adiknya telahpun di kuarantin.

Rupanya yang membantu Sherie Merlis ialah pelakon Dato Fizz Fairuz. Jelas Fizz, dia mengetahui hal berkenaan setelah menerima berita tersebut dari isterinya Datin Almy Nadia.

Semalam isteri saya cerita yang Sherie perlukan bantuan. Saya ini jenis yang tak boleh nak tengok orang susah. Tak kiralah artis atau sesiapa pun.

Saya mulanya DM dan komen di IG Sherie, namun tiada respon balas. Saya tak ada nombor dia oleh itu saya minta dari rakan artis lain.

Lepas dah dapat nombor, saya call Sherie dari pagi, akhirnya tengah hari baru dia jawab. Lepas cakap dengan dia, saya terus call Megaklinik Zahfran.

Urusan keluarga Sherie dipermudahkan dan adiknya telah dikuarantin di Royale Chulan Kuala Lumpur. Swab test juga dibuat ke atas semua ahli keluarga Sherie Merlis.

Jelas Fizz, dia hanya beri bantuan yang termampu saja dan itu merupakan tanggungjawabnya apatah lagi di musim pandemic ini.

Saya tolong apa yang mampu saja. Sebenarnya sesiapa saja, apa yang boleh saya tolong. Dalam keadaan sekarang ini, memang ramai yang struggle demi meneruskan kehidupan.

Kalau pergi ke tempat swasta, kena bayar. Banyak cara yang kita boleh bantu. Saya pun tak minta balasan apa-apa.

Dah jadi tanggungjawab sebab Allah dah beri kita peluang untuk bantu orang. Oleh itu, kalau ada yang perlukan bantuan melibatkan melibatkan covid atau vaksin, boleh DM saya.

Menerusi satu sesi live, Sherie Merlis ada mengucapkan terima kasih kepada Fizz Fairuz yang membantu urusan keluarganya.

Terima kasih Megaklinik Zahfran dan tak lupa juga kawan saya Dato Fizz Fairuz, ayah saya pun ucap terima kasih. Betul-betul macam Ebit Lew, datang dan terus buat.