Polis temui 17 pokok ditanam dirumah penyanyi, anggaran bernilai lebih RM40ribu

14,733 views

Seorang penyanyi nasyid dan composer terkenal tanah air, berumur 47 tahun, telah ditahan setelah rumahnya diserbu pihak berkuasa semalam.

Ketika serbuan oleh pihak berkuasa, mereka menjumpai pokok ganja di rumahnya yang terletak di Kota Damansara.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Petaling jaya iaitu Asisten Komosioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Katanya, rumah penyanyi berkenaan telah diserbu sekitar jam 5 petang.

“Hasil dari pemeriksaan yang dibuat, didapati di rumah tersebut, telah ditemukan sebanyak 13 pokok dalam pasu, yang telah disyaki pokok jenis ganja. Pasu berkenaan terletak di bahagian bawah sebelah kanan almari dalam sebuah bilik di rumah itu.”

“Ada sebuah lagi pokok di ruangan balkoni rumah dan kemudian tiga lagi pokok di dalam almari baju.”

“Kesemua bahan terlarang ini yang dirampas termasuklah 17 pokok berkenaan. Anggaran pokok-pokok terbabit  bernilai lebih RM40ribu, dan dianggar boleh dibekalkan kepada 214 orang.”

Jelasnya, polis turut menjumpai bekas plastic dengan adanya daun mampat seberat 214 gram. Ianya dijumpai di ruangan dapur.

“Polis merampas sebotol cecair jenis pemusnah serangga, alat untuk ukur, alat penyukat suhu, lampu jenis LED, alat siram pokok serta alat pengudaraan. Terdapat juga passport serta kad pengenalan milik suspek.”

Selain itu, sebuah kereta dan wang tunai turut disita.

Tentang siatan awal, dikatakan suspek mendapat bekalan di dalam daerah ini juga.

“Dipercayai suspek tanam pokok tersebut dengan membeli sendiri benih dan belajar untuk tanam melalui media sosial. Ianya dijalankan dalam dua bulan lepas.”

“Dari pengakuan suspek, pokok itu ditanam untuk kegunaan sendiri saja. Pihak berkuasa masih siasat dari mana suspek dapat bekalan benih tersebut.”

Hasil ujian saringan, suspek disahkan positif ganja dan kini ditahan reman selama tujuh hari.