“Puncanya kerana Diana ada orang ketiga, dah terkantoi” Farid Kamil

3,601 views

Pengarah dan pelakon Farid Kamil, 42 tahun, memberitahu kepada media bahawa pergolakkan rumah tangga dengan isterinya, Diana Danielle, 32 tahun, berpunca kerana adanya orang ketiga.  

Farid Kamil berkata sedemikian ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. 

Jelasnya, dia sudah mula menghidu tentang kecurangan yang dilakukan isterinya itu sejak tahun lepas. 

“Syukur alhamdulillah saya bersyukur sebab Allah pun telah memberi petunjuk serta hidayah. Saya dah cuba sedaya upaya untuk memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah.”  

“Akan tetapi, pada hari ini, barulah saya mendapati bahawa memang ada pihak ketiga yang menyokong dirinya dari belakang.”  

“Jika boleh saya mahu menegakkan undang-undang dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga saya telah diganggu.”  

“Saya rasa ianya amat tidak adil sebagai seorang suami. Apabila kita menuntut jawapan daripada dia tentang hal itu, perpisahan pula yang diminta.”  

Walau apa yang terjadi, Farid Kamil berkata dia masih lagi menyayangi keluarga kecilnya itu.  

Jelasnya semuanya terjadi setelah isterinya itu dah kantoi. 

“Saya ini masih lagi sayangkan family saya. Belum pernah lagi kami diuji sebegini.”  

“Apapun saya baru mengesahkan tentang hal ini hari ini tetapi saya sudah maklum dari tahun lepas. Ianya bukanlah masalah berlarutan cumanya masalah dah terkantoi baru-baru ini.” 

Pagi tadi, Farid Kamil menjadi perhatian media apabila hadir ke mahkamah dengan membawa bunga dan juga cincin. 

Itu antara usahanya untuk memujuk isterinya Diana Danielle di mahkamah. 

Dikatakan Farid Kamil memberi bunga berkenaan kepada Diana di dalam mahkamah, namun Diana menyerahkannya kepada seorang pengawal. 

Selain itu, Farid Kamil juga mendakwa bahawa Diana Danielle turut bertindak dengan menolak pemberian cincin yang diberi kepadanya.