“Suami suka saya rambut pendek, botak” Emelda Rosmila

1,263 views

Pelakon Emelda Rosmila sudah beberapa tampil dengan imej berambut pendek, terutama ketika menjayakan watak yang dilakonkan. 

Yang terbaru, pelakon berumur 44 tahun ini telah muncul dengan imej tanpa rambut atau botak dalam filem terbarunya berjudul Buas. 

Katanya, dia sudah biasa, dan dah beberapa kali mencukur rambut, sejak dari zaman muda-mudi dulu lagi. 

DAH BIASA RAMBUT PENDEK 

Emelda mula berambut pendek sejak remaja, dan ketika itu dia ikut trend gaya rambut rakan-rakan lain.

“Ini bukanlah first time saya mencukur rambut dan muncul dengan gaya rambut pendek.” 

“Masa saya umur 20 tahun, saya pernah mencukur rambut, masa tu ikut trenda style gaya rambut remaja lain.” 

“Oleh itu, untuk saya tukar fashion dan hair style ni tidak mendatangkan satu masalah.”  

“Watak saya bernama Speed, diumpamakan seperti karakter saya sendiri semasa umur 19 tahun atau 20 tahun. Ianya bagaikan membawa kembali ke personaliti saya yang dulu.” 

“Sebagai seorang aktress, saya okey saja untuk membotakkan rambut asalkan kena dengan watak yang diberi. Selagi ia berikan kelainan, saya akan buat.” 

Emelda sebagai Speed

REAKSI SUAMINYA ADLIN AMAN RAMLIE 

Tentang penerimaan suaminya iaitu Adlin Aman Ramlie, kata Emelda, sebenarnya suaminya itu pun memang suka melihatnya berambut pendek. 

“Adlin rasa macam ada teman wanita yang baru.” 

“Dia okay saja, dia suka kerana dia rasa macam dating dengan girlfriend yang baru.”  

“Pernah juga Adlin tak bagi saya untuk simpan dan panjangkan rambut. Kalau rambut nak panjang dia suruh pendekkan.” 

Itulah jawapan dari Emelda Rosmila tentang penampilannya berambut pendek dan botak. 

Untuk filem Buas ini ianya akan ditayangkan tak lama saja lagi. 

Emelda Rsomila dan Adlin Aman Ramlie turut sama-sama berlakon dan juga menampilkan barisan pelakon lain seperti Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Nabila Huda dan juga Johan Asaari.