“Tengoklah, kalau rasa nak kahwin dua, saya kahwin dua” Ahmad Iqbal ada impian kahwin dua

831 views

Ahli perniagaan yang juga pelakon dan penyanyi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli kembali jadi topic hangat setelah pendedahan mengenai kesuburan yang dibuat olehnya.

Ahmad Iqbal ada mendedahkan bahawa dia kini dikatakan terlalu subur sehinggakan pihak doktor telah memberi cadangan dan meminta Iqbal untuk kahwin dengan segera untuk mengelakkan diri Iqbal jadi tertekan.

Pemuda berumur 28 tahun ini berkata, apabila kisah ini mula jadi sebutan, maka ramai juga yang mengajaknya berkahwin.

“Memang ada yang mesej nak kahwin, ada yang berumur 40 tahun ke atas pun ada. Dan ada juga anak dara yang ajak kahwin juga.”

“Saya pun terkejut, benda ni viral, rupanya ada juga yang betul betul nak ajak saya kahwin. Tapi tak semudah itu nak kahwin kan.”

Walaupun subur, kata Iqbal itu semua ketentuan serta rezeki dari Illahi. Sukakan anak, Iqbal terus ambil anak angkat dulu.

“Walau subur macam mana pun, kalau tak ada rezeki pun tak guna sebab itu semua Tuhan yang tentukan. Orang yang dah kahwin dah tentu tahu macam mana susahnya nak mendapatkan cahaya mata.”

“Sebab tu saya ambil anak angkat dulu, lagi pun saya memang sukakan kanak-kanak.”

Tentang perihal untuk mendirikan rumah tangga, rupanya Ahmad Iqbal ada pasang impian untuk dapatkan 8 orang anak dan jika ada dua isteri boleh dapat 16 orang anak.

“Tak ramai, kalau boleh saya mahu dalam lapan orang anak macam itu je. Kalau dua isteri, maka 16 anak lah.”

“Tapi saya kahwin sorang je kot, tengok keadaan lah, kalau rasa nak kahwin dua, maka saya pun kahwin lah dua. Tengoklah.”

Itulah komen terkini dari Ahmad Iqbal yang menjadi tular sejak akhir-akhir ini.