Nedim sah melepaskan pasangannya, Nora Danish sebagai isteri semalam.
Sekitar jam 8 setengah malam, Nedim telah pun melafazkan talak satu ke atas Nora.
Hadir ke mahkamah bersama-sama bekas isteri, Nedim kelihatan agak sugul semasa bertemu dengan pihak media sebaik saja habis prosiding.
Tak lama kemudian, Nedim telah muatnaik satu foto dengan caption yang agak sayu.
Tulis Nedim, tak ada yang berubah walaupun mereka dah berpisah.
Malahan Nedim percaya, jika sesuatu itu ditakdirkan miliknya, maka akan berlakulah ia.
Ini caption dari Nedim.
“Tak ada apa yang berubah, cuma dia bukan milik aku di dalam agama Islam.”
“Percayalah jikalau dia milikku, kelak dia akan kembali menjadi milikku.”
Nedim yang juga dikenali dengan nama Bos Ned, muatnaik foto dirinya sendirian, dengan tangan di mulut dan memejam mata.
Gambar dan caption berkenaan telah menyentuh ramai pihak.
Ini termasuklah rakan artis dan juga selebriti, yang dilihat memberi kata-kata semangat kepada nya.
Antaranya, Ajak Shiro, Zarina Anjoulie, Sharnaaz Ahmad, Datin Elvina, Sarimah Ibrahim, Shuib, Awal Ashaari dan ramai lagi.
“Semoga Allah akan mengurniakan ketenangan dalam hati awak. Allah sayang kamu berdua.” Tulis Ajak.
“Allah is the best planner, he knows best for both of you. Be strong.” Tulis pengacara terkenal, Awal Ashaari.
Elvina pula menulis: “Semoga dipermudakan segalanya, stay strong, doa yang terbaik buat kamu berdua.”
Ini pula antara komen-komen dari warga maya yang tersentuh hati dengan penulisan Nedim itu.
Ada yang mendoakan mereka kembali bersama dan ada juga luah rasa sedih.
“Dia yang menyatukan, dan Dia jugalah yang memisahkan. Kalau Dia berkehendak, Dia berkuasa untuk satukan kembali.”
“Banyak hikmah syariat untuk tempoh iddah. Jika ia milikmu, rujuklah semula dalam tempoh itu dan hiduplah dengan bahagia dan dijalan yang diredhai.”
“Dorang yang berpisah aku pula yang rasa sedih, suak tengok dorang berdua ni.”
Apapun, sama-sama doakan semoga semua urusan Nedim Nazri dan Nora Danish akan dipermudahkan.