Bekas suami Irma Hasmie, Redza Shah bahagia bersama isteri barunya

7,342 views

Redza Syah Azmeer, yang merupakan bekas suami kepada selebriti terkenal Irma Hasmie, kini dah pun kembali berumah tangga dengan pilihan hatinya. 

Pada bulan empat yang lalu, Redza bernikah dengan wanita bernama Nur Hafiza Salim. 

Baru dua bulan melayari bahtera rumah tangga, Redza akui dirinya kini dalam fasa yang cukup bahagia bersama isterinya. 

Melalui media sosial, Redza ada memuatnaik moment dan juga kenangan, dia bergembira meluangkan masa bersama isteri dan juga dua orang anaknya. 

Kata Redza lagi, semua yang berlaku ini ada hikmahnya, dan mengucapkan terima kasih kepada isteri dan anak-anak. 

“Syukur alhamdulillah. Luang masa yang baik dengan family, mengeratkan hubungan, structuring, catching up, dan luangkan quality time.” 

“Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya.” 

“Thanks you dan ucap penghargaan kepada isteri, Baby Cacha Salim, anak-anak, abang Irfhan dan kakak Naylie, kerana beri sokongan kepada daddy.” 

“Semoga kita sentiasa bersyukur.” 

Redza dan keluarga dilihat bergembira bercuti bersama mandi sungai, pergi ke pantai, makan direstaurant bersama dan bercuti bersama ahli keluarga yang lain. 

Selain itu, Redza juga ada membawa anak bercuti di I City Shah Alam, Selangor.

Ini antara foto yang dikongsikan oleh Redza ketika meluangkan masa bersama keluarganya. 

Redza mula terkenal setelah mengahwini pelakon dan pengacara popular, Irma Hasmie pada tahun 2012. 

Sehingga kini, Redza mempunyai lebih seratus ribu pengikut di laman Instagram miliknya. 

Namun perkahwinan mereka tidak berpanjangan dan berakhir di hujung tahun 2023. 

Sepanjang perkahwinan, Redza dan Irma mempunyai dua orang anak bersama iaitu Syed Irfhan, 11 tahun dan juga Irma Nur naylie yang kini berumur 10 tahun. 

Redza kini bekerja sebagai Deputy Vice President di Malaysian Technology Development Corporation. 

Semoga berbahagia selalu diucapkan kepada Redza Shah Azmeer dan isterinya Cacha Salim.