“Rambut perang, mata pipi dah nampak” Neelofa hampir terdedah wajah Bilal

5,187 views

Semua pun teruja dengan anak sulung selebriti terkenal, Neelofa dan suami Pu Riz yang diberi nama Bilal. Sehingga kini, baby Bilal masih lagi belum dapat ditatap wajahnya oleh orang ramai.

Namun baru-baru ini, Neelofa, 33 tahun, hampir-hampir mendedahkan wajah penuh anaknya itu menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagram story.

Dalam perkongsian video berkenaan, Neelofa nak tunjukkan anaknya itu memang jenis yang tangan laju.

Ketika itu, Bilal dilihat sedang melilau tangannya dan terus saja menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas diberikan makan.

“First finger food, terus habis dah dia penyek guna tangan sado dia tu.” Itu caption yang ditulis oleh bekas pengara Meletop ini.

Seperti biasa, memang Neelofa dilihat telah menampalkan sejenis emoji atau sticker di wajah anak sulungnya itu.

Namun kali ini, lain sikit, sebab berbeza dengan gambar atau video sebelum ini, kali ini wajah Bilal lebih banyak kelihatan, malah bahagian mata dan pipi juga dah nampak, selain rambutnya yang kelihatan tebal itu.

Rambut Bilal kelihatan berwarna keperangan perangan dan membuatkan netizen berkata macam baby orang putih.

Memang banyaklah netizen yang memuji wajah Bilal dan semua telah membayangkan Bilal ni seorang anak kecil yang kacak, mana tak nya ibu bapa kan segak belaka.

Ini antara komen dari peminat Neelofa.

“Baru saja dah nampak sipi-sipi pun dah tahu Bilal ni kacak handsome.”

“Rambut pun warna keperangan, memang comel sangat.”

“Kulit dia dah macam mat salih, tangan sado.”

Sementara itu, ada juga mula mengatakan wajah Bilan ni nampaknya macam iras Jebat Jayden juga, iaitu anak kepada Noor Nabila dengan Sharnaaz Ahmad.

“Macam iras Jayden masa kecil kalau tengok dari bahagian tepi tu.”

“Neelofa ni dah tidak sabar nak tunjuk sebenarnya, rasa tak lama lagi Bilal akan muncul lah tu.”

Buat masa sekarang Neelofa dan PU Riz masih lagi belum sedia nak muatnaik wajah penuh baby Bilal, kena tunggu nanti.