Rupanya Puteri Sarah ikut nasihat bapa mertua, Datuk Yusof Haslam

3,868 views

Semua tahu yang pelakon Puteri Sarah Liyana menyimpan kisah rumah tangganya walhal sudah diganggu sejak empat tahun lalu.

Tempoh selama empat tahun ni bukan sekejap, dan mungkin kerana dah tak tahan lagi, barulah Puteri Sarah ambil tindakan undang-undang terhadap wanita bernama Ira Kazar kerana mengganggu dirinya dan juga rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

Kini jika dilihat, Puteri Sarah Liyana amat busy bekerja dan ramai tertanya adakah ianya sebab isu yang melanda dirinya itu.

Jelas Puteri Sarah, dia akui kesibukan dia bekerja ini adalah disebabkan mahu lari dari memikirkan masalah yang melanda dirinya.

Malahan, bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam pun ada menasihati Puteri Sarah untuk tidak hanya duduk rumah dan hanya meratapi hal yang terjadi. Ini komennya kepada Oh Bulan.

“Yes memang betul. Ikutkan saya dapat kekuatan untuk terus bekerja ini sebenarnya ia datang dari bapa mentua saya, Datuk Yusof Haslam. Dua tahun lepas, beliau ada bercakap pada saya dan suruh saya kembali berlakon, jangan hanya duduk rumah dan jangan hanya menangis serta makan hati.”

“Kena fokus pada penggambaran dan juga menjaga anak-anak. Mulanya tu, memang saya tak ada kekuatan, mula rasa takut. Tapi apabila dah okey, lama-lama tu dah selesa dan kini kerja back to back.”

“Saya mahu semula jadi Puteri Sarah yang macam dulu, maksudnya yang bekerja dan ada keyakinan tinggi terhadap diri sendiri.”

Sementara itu, Puteri Sarah akui keluarga mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail emamng banyak memberi sokongan kepadanya dan dia amat terharu.

Untuk info, perkahwinan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sedang dilanda badai kerana kehadiran orang ketiga, yang mana Puteri Sarah bertindak menyaman wanita berkenaan iaitu Ira Kazar.