“Rosak perempuan suka viral, acah tersakiti” Kakak Ira Kazar memerli Puteri Sarah?

10,450 views

Nampaknya kisah antara Syamsul Yusof dan dua orang isterinya, Ira Kazar dan Puteri Sarah masuk ke fasa baru. 

Sejak kisah ini jadi bualan, memang jarang pihak keluarga Kazar untuk membuat sebarang kenyataan. 

Namun kali ini, dilaporkan, kakak kepada Ira Kazar telah tampil memberi beberapa kenyataan tentang kisah yang berlaku. 

Kakak kepada Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar dilihat telah menulis beberapa status yang seakan memerli Puteri Sarah.  

Dari laporan beberapa portal, Yasmin telah menulis luahan rasanya dan melabel seorang wanita itu sebagai rosak sekiranya amat sukakan bercerita kepada orang ramai dan menjadi tular. 

Ini penulisan dari Yasmin Kazar. 

“Maka rosaklah wanita yang gemar benda viral sana sini dan acah tersakiti dicurangi. Semua hal mahu saja cerita kepada masyarakat. Lepas tu lalu pula kat timeline aku. Kurang bijak, memang menyampah aku tengok. Engkau orang tiada Tuhan ke.” 

Yasmin Kazar juga melabel wanita seperti ini sebagai seorang yang lucu. 

“Agak lucu jika kamu tak suka account yang palsu kata mengganggu, tetapi langsung tak ada usaha nak sekat pun. Jadi lebih lucu apabila siap pin top lagi komen dari akaun tu, memang kelakar la awak ni.” 

Penulisan ini dibuat di laman Twitter milik Yasmin Kazar dan menjadi bualan ramai. 

Dari beberapa respon netizen, ramai yang beranggapan sepatutnya sebagai kakak lebih baik menasihati adiknya sendiri saja. 

Ini merupakan buat kali pertama ahli keluarga dari pihak Ira Kazar atau Kazar yang dilihat ada seakan memerli Puteri Sarah.  

Sebelum ini, semua ahli keluarga Ira atau kazar mengambil pendekatan berdiam diri saja. 

Kazar sendiri ada berkata dia tak mahu memberi sebarang komen buat masa sekarang semasa ditanya oleh pihak media tentang perkahwinan anaknya Ira dengan Syamsul Yusof di negara jiran.