“Selera suami sama dengan arwah Johan” ~ Datuk Nora

3,307 views

Datuk Nora Ariffin kini menyambut kedatangan hari raya aidil fitri setelah selamat bergelar isteri kepada pasangannya Rushdi Ramli.

Penyanyi berumur 49 tahun ini, amat bersyukur dapat merayakan hari raya bersama anak-anak dan juga suaminya itu.

“Alhamdulillah tahun ini saya kembali sambut hari raya sebagai isteri. Jujur kata tak ada banyak beza pun. Rutin hari raya saya sama macam tahun-tahun dulu. Yang bezanya tahun ini saya dah ada suami sebagai pelengkap hidup.”

Pada hari raya pertama Nora beraya di Kuala Lumpur sebab tak mahu terperangkap dengan kesesakkan lalu lintas.

Nora pulang ke kampungnya di Kelantan pada hari raya kedua.

“Biar orang lain pulang dulu. Serik sebab pernah terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk. Hari raya kedua baru saya dan keluarga balik beraya di kampung.”

Tentang sambutan bersama suaminya, Nora menyatakan, family suaminya kecil saja dan kedua ibu bapa suaminya pun sudah tiada.

“Waktu untuk suami sambut hari raya amat fleksibel. Dia ikut saya menziarahi family terdekat termasuk keluarga sebelah arwah suami saya, Johan Nawawi. Walaupun abang Johan dah tiada, hubungan saya dan keluarganya masih lagi baik.”

Tentang kisah makan di hari raya, Nora bercerita bahawa suaminya iaitu Rushdi Ramli mempunyai selera makan yang hampir sama dengan arwah Johan Nawawi.

“Syukur sangat suami tak cerewet, seleranya juga lebih kurang sama dengan arwah abang Johan. Itu yang buatkan saya rasa cukup senang.”

“Pagi raya mungkin orang suka makan rendang dan juga ketupat. Namun dulu arwah suka sangat makan makaroni berkuah sebelum makan yang lain. Makaroni berkuah memang menjadi menu kegemaran dia.”

Tahun ini juga memang istimewa buat Nora kerana ada menerima beberap helai baju raya dari peminatnya.

Ada baju raya yang ditaja dan ada juga yang diberi oleh orang, jadi dapatlah saya berjimat.” Itu kisah hari raya Datuk Nora Ariffin pada tahun ini.