Pelakon Amar Asyraf dan wanita bernama Vivy Jeffry kini disahkan bukan lagi suami isteri setelah pengesahan talak tiga dibuat semalam. Vivy dikatakan merupakan isteri kedua kepada Amar Asyraf sebelum ini.
Pengesahan talak tiga itu disahkan oleh pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.
Ketika ditemui media, Vivy memberitahu dia telah digantung tidak bertali selama tiga tahun selepas dcraikan oleh Amar pada tahun 2019.
“Saya dicraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, namun begitu proses pengesahan talak berkenaan tidak dapat diselesaikan dengan cepat oleh pihak mahkamah.”
“Ini disebabkan dokumen didapati tidak lengkap selain ada perkara yang berlaku dari pihak Amar yang telah membuatkan pihak mahkamah tak dapat buat keputusan rasmi tentang perpisahan kami.”
“Setiap hari saya doa agar proses pengesahan lafaz ini dapat diselesaikan dengan cepat sebab saya nak teruskan kehidupan tanpa ada sebarnag isu. Saya dah penat nak hadapi kehidupan yang ditangguhkan ini.”
“Saya nak jalani hidup dengan tenang dan tak mahu toleh belakang melihat segala hal yang berlaku antara saya dan Amar yang pernah terjadi.”
“Kini semuanya berakhir. Saya amat lega setelah pengesahan talak tiga dah selesai sungguhpun kena tunggu lama.”
Jelas Vivy lagi, dia hanya nak fokus pada anaknya saja iaitu Mikhail.
“Sebelum ini, Amar ada cakap nak bincang tentang anak lepas kes ini selesai namun saya anggap itu hanya nak sedapkan hati saja.”
“Harapnya dia dapat fikir apa yang terbaik untuk kehidupan sebab hidup kita ni tak lama. Insyaallah sebagai ibu saya selalu saja berikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia pun bersama saya sejak isu ini terjadi dan dialah tempat saya luah rasa sayang dan cinta.”
Itulah komen serta kenyataan dari Vivy Jeffry, bekas isteri kedua Amar Asyraf.