“Saya pun pernah kena” Jiran Awal Ashaari, Lufya Omar dedah perangai management

1,540 views

Sebelum kecoh juga tentang kes melibatkan Awal Ahaari sehingga kena dakwa kat mahkamah, gara-gara mengalihkan gate di kawasan perumahannya.

Kini giliran jira kepada Awal Ashaari iaitu Lufya Omar pula membukan cerita tentang pengalamannya dengan pihak management di kawasan peruhaan berkenaan.

Rupanya Lufya pun ada pengalaman yang tak best dengan pihak management berkenaan.

Jelas pelakon ini, pihak berkenaan menjaga keselamatan dengan cara yang amat keterlaluan sehingga menyukarkan aktiviti para penduduk di perumahan tersebut.

Lufya juga mendedahkan dari pengalamanya sendiri, memang ada seorang pekerja di pihak management yang langusng tak ada tolak ansur sampai selalu saja timbulkan isu.

“Saya pun pernah kena benda yang lebih kurang sama seperti Awal. Saya kena halang dari masuk kerana masa tu lambat bayar yuran penyelenggaraan atau maintenance fee. Saya bukannya saja-saja lambat bayar, namun memang ada isu dengan pihak management itu.”

“Kalau ada orang nak hantar blender pun, saya nak kena beritahu management, semua benda nak kena inform dan minta izin pengurusan. Mereka nak menjaga keselamatan namun dilihat agak keterlaluan pula. Buat macam kami ini semua ni macam tahanan kat pulau.”

“Ada pekerja wanita itu yang memang kurangajar. Dah ramai penduduk di kawasan perumahan ini luah rasa kurang berpuas hati dengan dia. Bagi saya, pekerja tu yang tiada adab.”

“Sebelum ni, jiran belakang rumah saya pun pernah kena dengan pekerja wanita itu. Dia masuk ke rumahnya yang sedang diubah suai tanpa izin.”

Selain itu, Lufya bersetuju dengan Awal Ashaari, bahawa pihak management langsung tak ada hak nak halang pemilik rumah untuk masuk walaupun ada yuran yang tak bayar.

“Saya ni jiran Awal Ashaari, rumah saya bersebelahan dengan rumah dia. Kawasan jiran kami ni memang bagus.”

“Awal seorang yang amat budiman dan bukannya jenis nak cari pasal dengan orang lain. Ramai yang dah salah faham ingat dia pergi langgar palang gate tu dengan kereta.”

“Walhal Awal Ashaari hanya alihkan saja gate tu dengan tangannya. Dia masuk pun ke rumahnya, nak ambil barang. Kenapa nak halang masuk ke rumah sendiri, walaupun tak bayar yuran management.”

“Awal Ashaari bukan sewa, tapi itu memang rumah dia.”

Itulah kenyataan dari Lufya Omar, salah seoranh jiran kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya.