Semalam agak kecoh juga setelah isteri kepada Shuk Sahar muatnaik video menunjukkan dirinya seakan hadir ke mahkamah.
Video memperlihatkan Rossa Sera memakai baju hitam dan memegang fail seakan sedang kelaur dari perkarangan mahkamah telah diupload di platform Instagram dan juga Tik Tok miliknya.
Ini sekaligus membuatkan ramai tertanya apa yang berlaku antara kedua mereka.
Menjawab persoalan dari media, melalui satu lapoan Kosmo, Shuk akhirnya ada memberi reaksinya.
Namun Shuk telah menafikan isterinya itu pergi ke mahkamah pada hari semalam.
“Tak adalah.” Kata Shuk yang menafikan isteri datang ke mahkamah.
“Saya tak tahu.” Lagi jawapan Shuk sama ada Rossa Sera ke mahkamah berkaitan dirinya.
Menerusi caption dari Rossa Sera dia mengatakan maksud seperti ini: “Seseorang itu tak boleh nak mulakan chapter baru, sekiranya masih lagi terus membaca chapter yang sebelumnya.”
Selain itu, ada percakapan dari latar belakang di video itu, yang berbunyi seperti ini: “Saya hanya hilang orang yang tak mencintaiku, namun begitu dia pula telah hilang orang yang mencintainya.”
Video Rossa Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menimbulkan tanda tanya para followernya. Ramai yang memberi komen bertanya sama ada mereka berdua berpisah atau sebalik.
“Awak ni seorang yang amat kuat. Semoga akan dipermudahkan semua urusan.” Tulis salah seorang follower.
“Patut dari dulu lagi namun mungkin sebab masih sayang kerana anak-anak. Tapi setelah peluang diberi, masih juga tak ada perubahan. Hati wanita ini kalau terguris, memang dalam.”
“Kamu dan suami dah berpisah ke atau dah kembali semula.” Itu pertanyaan dari seorang netizen pula.
Sehingga kini tiada kenyataan lanjut dari pihak Rossa Serra mahu pun Shuk Sahar tentang video berkenaan. Tidak daoat dipastikan apakah status sebenar hubungan di antara mereka berdua ini.