"Saya kena pertahan maruah saya.." Siti Nordiana - News Tel

“Saya kena pertahan maruah saya..” Siti Nordiana

3,541 views

Penyanyi Siti Nordiana akui rasa amat terkilan setelah namanya dipetik dalam satu sesi IG live oleh rakan artis iaitu Lan Solo dan Syura. Sebelum ini hubungan antara mereka diketahui amat baik, dan ini sekaligus membuatkan ramai peminat yang terkejut.

Sebenarnya Siti Nordiana juga terkejut dengan kisah berkenaan dan telah mempersoalkan kenapa adanya perbincangan sedemikian.

“Saya diberitahu oleh peminat saya tentang sesi IG Live tersebut, tetapi saya tak tengok sebab ketika itu sudah malam, dah masuk waktu tidur.”

“Memang lepas tu, saya banyak dapat mesej yang tanya tentang kesahihan luahan yang dibuat oleh mereka, sepanjang hari ini.”

Jelas Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana, telah bermain fikirannya apa motif mereka petik namanya dalam sesi live berkenaan.

“Jauh dialam hati saya ni, memang ada rasa amat terkilan. Mengapa hal seperti ini kena dibangkitkan dalam media sosial. Apakah sebenarnya motif mereka heret sama nama saya dalam perbualan mereka tu.”

Katanya, pada mula tak nak ambil peduli, namun oleh kerana perbincangan itu dibuat secara terbuka, Nana kena pertahankan namanya dan telahpun mendapatkan nasihat dari peguam.

“Saya ni selalu jaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya akan elak dari sebarang isu yang tak baik.”

“Kalau ikutkan, saya tak nak isu ini jadi besar, apatah lagi, semuanya tu melibatkan rakan-rakan saya juga. Tetapi saya kena pertahan maruah setelah nama kena heret dengan dakwaan secara terbuka dalam socmed.”

“Peminat yang rapat dengan saya mungkin tahu keadaan sebenar, namun orang luar mungkin akan lain pula pandangan mereka.”

“Oleh itu, saya terpaksa rujuk kes ini kepada lawyer. Dan saya tak boleh nak komen lebih-lebih, kena tunggu kata putus dari pihak peguam untuk tindakan yang akan diambil lepas ini.”

Siti Nordiana mula melonjak naik namanya selepas menjuarai rancangan Gegar Vaganza musim kedua. Lan Solo dan Syura kemudian turut menyertai program berkenaan pada musim yang keempat.

Latest from Hiburan


RM18 ribu habis lesap, Datuk Fizz Fairuz terkena, terus buat report polis

2,843 views

Rugi besar nampaknya pelakon Datuk Fizz Fairuz. Bukan sikit, tetapi nilai wang yang hilang berjumlah hampir RM18 ribu.

Kerugian ini berlaku apabila Fizz Fairuz telah ditipu oleh seorang individu yang mendakwa dirinya seorang Datuk Seri.

Ianya berkaitan satu tender terbuka melibatkan kontrak pembersihan di atas nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Susulan kes itu, pelakon berumur 42 tahun ini membuat report polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, Kuala Lumpur petang Rabu.

“Kisahnya pada bulan awal Jun lepas saya dapat offer dari seorang suspek yang beri open tender kerja pembersihan daripada DBKL untuk tempoh dua tahun yang mana dia kata job itu akan bermula pada bulan Julai ini.”

“Memang saya akui, saya yang tersilap kerana terus bank in wang sebanyak RM18 ribu iaitu 10 peratus daripada bon yang perlu dibayar untuk mendapatkan tender berkenaan tanpa ada surat hitam putih.”

“Selepas bank in, sya ada cuba contact dia semula, tetapi memang hilang dari radar, lost contact, semual panggilan dan mesej tidak berjawab.”

“Selepas sebulan tunggu, dan tak ada sebarang respon, saya buat keputusan untuk report polis.”

Kes ini mendapat perhatian pihak polis dan akhirnya dalam masa beberapa jam, suspek telah berjaya ditahan di IPD Kajang atas dakwaan yang serupa.

“Pihak polis dan beritahu saya menyatakan suspek sedang direman atas dakwaan yang serupa berdasarkan report yang turut dibuat oleh orang lain.”

“Rupanya ramai yang dah terkena dengan dia ni, saya dah jumpa sekali saja dengan dia ni dan sekiranya dengar dia sembang tentang perniagaan, memang tak jangka dia ni penipu orangnya.”

Fizz Fairuz juga ada berharap dapat jumpa dengan Datuk Bandar atau Menteri Wliayah agar penipu yang menggunakan nama DBKL ini akan dapat dibendung.

Go to Top