“Saya sentiasa rindu, sayang Zara Zya, tak berdendam membenci dia” Ayah

1,820 views

Sebelum ini, pelakon Zara Zya ada meluahkan rasa hatinya tentang ayahnya. 

Melalui satu hantaran, Zara mendedahkan hubungannya dengan ayah tidak begitu baik. 

Malah, Zara juga ada menulis bahawa dia pun sudah sekat akaun yang dikatakan milik bapanya. 

Zara juga mengatakan memang dia masih lagi ada ayah, namun bagaikan sudah tidak ada. 

LUAHAN ZARA ZYA 

Ini luahan penuh dari Zara Zya tentang ayahnya. 

KENYATAAN AYAH ZARA ZYA 

Dalam satu temubual melalui rancangan Melodi, ayah kepada Zara Zya iaitu Zainuddin telah tampil memberi kenyataan tentang pendedahan anaknya itu. 

Sebagai seorang ayah, katanya, dia tak ada rasa berdendam mahupun membeci anak kandungnya itu.  

“Saya tak mahu komen banyak. Biar Zara yang beri komen. Sebagai bapa, tak mungkin saya membenci anak saya.”  

“Dah tentu, saya sentiasa rindu anak saya. Sentiasa saja sayang anak saya. Tak ada sekilas pun rasa benci. Terpulanglah kepada dia. Untuk saya, lebih baik saya tutup mulut.” 

Melalui temubual berkenaan juga, ayah Zara berkata, walau apapun yang berlaku, dia tetap ayah kandung kepada Zara Zya. 

“Saya nak berpesan bahawa nama dia tetap ialah Zainurul Razia Mohd Zainuddin. Sampai syurga itulah saya merupakan ayah dia dan tak ada orang lain.” 

“Seburuk mana pun, itulah ayah dia. Dia tak akan ada ayah lain.” 

Itulah sedikit ungkapan dari ayah kepada Zara bernama Zainuddin. 

Zara Zya, 39 tahun telah meluahkan rasa hatinya tentang ayahnya melalui hantaran di Thread. 

Pelakon berkenaan memberi gambaran bagaikan tidak menerima kasih sayang dari seorang insan bergelar ayah apabila mengatakan umpama dia tiada ayah, walaupun ayahnya masih lagi ada. 

Apapun, kita doakan agar hubungan antara Zara Zya dan juga ayahnya ini akan kembali terjalin semula.