“Saya tahu dia anak mak, dan dia amat baik, sukar nak jumpa lelaki sepertinya” Asha Merican

3,119 views

Pasangan selebriti Harris Annuar dan Asha Merican kini selamat bergelar suami isteri pada hujung minggu yang lalu.

Selama empat tahun menyulam rasa cinta secara diam-diam, pasangan ini akhirnya disatukan dengan ikatan yang sah.

Jelas Asha Merican iaitu pelakon yang sedang meingkat naik namanya, Harris memang seorang yang amat baik dan sering menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan dengan serius.

“Harris ni seorang lelaki yang baik. Memang amat sukar untuk bertemu dengan lelaki macam Harris. Secara jujur, dalam tiga atau empat kali juga dia ada cakap hasratnya untuk berkahwin.”

“Kali terakhir dia nyatakan hasrat itu ialah semasa dia bertemu dengan family saya di kampung. Saya tengok pada cara dia memang nampak dia dah betul-betul bersedia. Saya pun terbuka hati.”

Harris yang merupakan anak kepada Kak Ton, memang terkenal dengan keakraban dengan ibunya itu. Bagi Asha dia tiada masalah pun.

“Saya memang dah tahu Harris ni anak mak, sebenarnya begitu juga dengan saya. Kami sama-sama anak mak dan memang amat manja. Ibu Harris memang sangat sayangkan Harris pada masa sama juga dia sayangkan saya.”

Sementara itu Harris berkata dia memang memilih untuk tidak membicarakan tentang kisah percintaannya dengan Asha Merican.

“Empat tahun jadlin hubungan ada turun naik. Syukur alhamdulillah kini semuanya telah dipermudahkan.”

“Jika dulu keluar dating saya akan pakai topi sebab tak mahu terlalu dedahkan hubungan ini. Cerita hanya pada rakan rapat saja.”

“Yelah kita pun tak tahu sesuatu hubungan itu akan jadi atau pun tak. Kita hanya merancang, Dia yang tentukan segalanya.”

Pasangan ini telah mengadakan majlis respesi di Magica Hall StarAvenue Subang, malam tadi.

Jelas Harris, dia dan Asha akan selesaikan kerja dulu sebelum menunaikan umrah pada bulan Ogos dan akan berbulan madu di Switzerland.

Harris Anuar merupakan pememang Hero Remaja, dan juga anak kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan nama Kak Ton, manakala Asha Merican kini sedang naik namanya setelah beberapa lakonannya dalam drama menjadi hit.