Shuib tak faham mengapa Sharnaaz dah jual semula Bubble Bee

7,964 views

Pelawak yang juga ahli perniagaan, Shuib dan pelakon Sharnaaz Ahmad sebelum ini pernah bekerjasama dalam perniagaan apabila Sharnaaz menjadi rakan urusniaga satu cawangan kedai minuman Bubble Bee. 

Namun nampaknya hubungan perniagaan itu telahpun berakhir apabila Sharnaaz tidak lagi terlibat dengan kedai minuman Bubble Bee cawangan Setapak itu. 

Hal ini disahkan sendiri oleh Shuib Sepahtu. 

“Sharnaaz memang merupakan salah seorang rakan berniaga kami Bubble Bee di cawangan di Setapak. Itu memang kerjasama antara dirinya dengan Bubble Bee. Namun akhirnya kami dah pun selesaikan apabila telah membeli semula cawangan berkenaan.” 

“Saya pun ada buat perbincangan dengan Sharnaaz, dan ia berlangsung dengan baik. Kami beli semula cawangan itu dan syukur semuanya berjalan dengan lancar sekali.” 

Bercakap tentang hubungan terkini dengan Sharnaaz, Shuib mengatakan mereka baik saja. 

“Saya dengan dia memang okey saja, tak ada pun sebarang isu. Namun begitu, jujur saya tak tahu apa punca dia enggan teruskan business ini.” 

Apapun, bagi Shuib, jadual Sharnaaz yang padat dan terlalu sibuk mungkin punca dia melepaskan cawangan Setapak itu. 

“Apa yang saya tahu, dia ni terkenal sebagai seorang yang sibuk. Memang satu cabaran dalam berniaga ni dan ianya perkara normal. Kerana itulah berniaga ni tak sama dengan industri seni.” 

“Hubungan semasa dengan Sharnaaz tak ada apa masalah, itu adalah isu dalam perniagaan saja. Ianya tak akan campur dan masuk dalam industri.” 

“Boleh saja main golf dengan dia atau pun lepak sama.” 

Sebagai seorang selebriti yang terlibat dalam bidang perniagaan, Shuib berkata dia telah menjadikan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor sebagai inspirasinya dan mahu berjaya seperti pelakon berkenaan, dalam bidang seni dan juga bidang perniagaan.