Video siap pegang tangan, ramai tanya betulkah Masya Masyitah dah kahwin

9,172 views

Penyanyi remaja Masya Masyitah telah muatnaik satu video yang menunjukkan dirinya amat mesra dengan seorang jejaka.

Jejaka yang dimaksudkan ialah Idris Woon, yang dikatakan sememangnya kekasih hati kepada Masya Masyitah.

Video itu menunjukkan Masya dan idris ada berpegangan tangan dan kemesraan yang dipaparkan ini menyebabkan ramai tertanya adakah mereka dah berkahwin.

Sebelum ini memang Masya Masyitah ada beberapa kali muatnaik video dengan Idris Woon, namun kali ini mereka sudah berpegangan tangan dan ini menimbulkan spekulasi dari netizen dan para peminatnya.

Ini videonya;

Dilihat di ruangan komen, ramai yang bertanya kepada Masya tentang status sebenar hubungannya dengan Idris.

Kalau dah berkahwin, beritahu saja.” Komen seorang netizen.

Memang ramai yang memberi pendapat Masya harus buat kenyataan secara terbuka dan bukannya mengambil pendekatan mengunci mulut.

Sehingga kini, ada beberapa portal hiburan sudah cuba mendapatkan komen dari penyanyi berumur 22 tahun ini, namun tidak berhasil.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Masya dikatakan dah berkahwin. Pada tahun lalu, ada video menunjukkan kedua pasangan ini memakai baju tidur.

Namun ketika itu, Masya ada memberi kenyataan dia masih belum berkahwin dengan Idris. Masya juga memberitahu ketika dia membuat video itu, ada orang lain di dalam rumah, bukannya berduaan saja.

Ini komen Masya pada tahun lalu: “Semasa video (pakai baju tidur) berkenaan dirakam, kami bukannya berdua saja. Ketika itu, ada ibu saya dan orang lain juga. Biarlah orang nak kata saya ni dah kahwin ke apa, saya pun malas nak layan. Biarlah mereka hanya berteka-teki.

Masya Masyitah dan Idris Woon diakui sedang menjalin hubungan antara satu sama lain, malah hubungan antara mereka berdua dah diketahui keluarga dan mendapat restu dari kedua belah pihak.